Followers

Tuesday, October 19, 2010

Once Upon A Time In Mumbaai (2010)


Once Upon A Time In Mumbaai bukan filem kesinambungan Once Upon A Time In China. Ianya sbeuah filem yang cuba membina Om Shanti Om dalam realiti filem Bollywood. Jika Om Shanti Om kisah cinta berlatar zaman 80an, Once Upon A Time In Mumbaai bergenre biografi yang berlatar belakang zaman yang sama. Pandangan pertama, filem ini nampak seakan cuba mencari sudut baru dunia bollywood. Jarang sekali Bollywood menampilkan zaman era 80an dalam layar. Dengan kostum yang begitu retro, OUATIM ini sebuah filem yang nampak besar ditambah dengan aktor dan aktress ternama masa kini.

OUATIM diterajui Ajay Devgan, mengisahkan dunia mafia di Mumbai sekitar 70an dan 80an. Sultan Mirza (Ajay Devgan) adalah ketua mafia yang dihormati kerana sikapnya. Cintanya, Rehana (Kangana Ranaut) menjadikan perjalanan cerita ini penuh warna warni. Akibat penghormatan yang diberikan, Sultan Mirza mula diberi peluang ke dunia politik. Namun, Shoaib Khan (Emraan Hashmi) yang juga pengikut setia Sultan Mirza mula buat kepala dan mula merancang untuk menjatuhkan Sultan Mirza.

OUATIM dikatakan berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku pada abad yang sama. Kisah Haji Mastan dan Dawood Ibrahim dikatakan menjadi asas kepada filem ini. Namun, pada awal filem lagi, penonton sudah diberitahu bahawa ianya tidak ada kaitan dengan dua karakter realiti ini. Namun, sejauh mana kebenarannya, samaada ianya ketidaksengajaan atau sengaja untuk mencari publisiti, mereka saja yang tau.

Keseluruhannya, era 80an berjaya dipotray. Namun, rasanya kadangkala ada juga babak yang hilang balancing sehinggakan penonton tidak dapat mengagak era yang cuba disampaikan. Secara keseluruhannya, baik. Lagu Pritam memang kena dengan zaman, olahan Pee Loon mengasyikkan, remix Apna Desh memang memukau. Lakonan Ajay Devgan ada gaya, Kangna Ranaut realistik. Keseluruhannya, OUATIM penuh konflik dan warna dunia berbeza. Menonton filem ini seolah menonton Bobby yang dikembalikan ke zaman 2010.

No comments: