Followers

Sunday, February 20, 2011

Kaalo (2010)


Kaalo ada bumbu The Hills Have Eyes, juga sedikit idea Tremors dan Jeepers Creepers. Campuran tiga filem ini akhirnya membentuk satu karakter pembunuh ngeri juga ahli sihir purbakala yang tinggal di kawasan Kulbhata. Pertama, harus diingat bahawa Kaalo tidak membawa sebarang muka feymes dan dikenali. Malah, heroinnya juga tak terlalu seksi seperti Katrina Kaif. Heronya juga entah apa apa. Tetapi, Kaalo nampaknya satu lagi percubaan, Wilson Louis (selepas Mallika) yang kononnya nak memperbaharui tema cerita Bollywood.

Kaalo mengisahkan sekumpulan penumpang bas yang terperangkap di kawasan Kulbhata apabila pemandu bas memilih jalan pintas itu sebagai alternatif perjalanan sebab jalan asalnya rosak. Kulbhata adalah kawasan tinggal dimana Kaalo tinggal. Melalui Kulbhata bermakna melalui maut. Maka bermula pemburuan Kaalo dengan mangsa barunya.

Keseluruhannya, aku suka permulaan filem ini. Babak introduction filem ini nampak ada standard. Animasi semasa kredit permulaan pun baik. Namun, masuk first half, filem ini nampak sedikit membosankan, juga sedikit kurang cerdik. Pintasan pintasan Kaalo yang mengintai pemandu pemandu bas nampaknya kurang logic. Cukup mendukacitakan bagaimana Kaalo yang terbang di udara tanpa ada halangan tidak dapat dilihat oleh penumpang bas yang berada di tengah gurun panas. Seriously, watak Kaalo (pada aku) patut mempunyai kebolehan berjalan di atas tanah (membunuh seperti Jeepers Creepers) dan menyelinap dalam tanah (macam Tremors). Cukup! Aksi terbang baik, tetapi cukup tak logic. Please! Babak finale, menarik. Cantik!

Lakonan semuanya ok ok. Ada yang terover. Ada yang biasa biasa. Kaalo menarik bagi yang mahukan genre Hollywood ini dalam versi Bollywood. Garapan 1 jam 20 minit ini nampaknya taklah teruk sangat. Namun, banyak improvisasi dari aspek logik (terutamanya watak Kaalo) perlu diperkemaskan.

2.5/5

No comments: