Aku sebenarnya kagum dengan Ajay Devgan dan pasangannya Kajol yang rasanya bahagia bersama. Cantik bergandingan dalam semua filem filem, mereka antara pujaan aku (teringat bagaimana Dil Kya Kare menjadi siulan zaman 90an dahulu). Duo ini masih ada kekuatan sejak filem U Me Aur Hum nampaknya cukup baik dan begitu menyentuh hati. Belum menonton We Are Family (filem Kajol tanpa Ajay Devgan), tapi aku yakin bahawa lakonan Kajol (semejak popularity Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhie Khushi Kabhi Gham) masih ada bisa yang membuatkan dia masih berdiri megah. Berkesempatan menonton Toonpur Ka Superhero ataupun dalam bahasa Melayunya adalah Wira Toonpur. Satu filem yang begitu hebat sebenarnya, sehinggakan aku sendiri tidak mampu bagaimana aku mahu tulis dengan kata kata.
Toonpur Ka Superhero bukan filem biasa (teringat jugak aku pada filem Raju Chacha) . Tabik kepada pengarah Kireet Kuraana. Filem ini cuba menggunakan teknologi animasi 3D (di Malaysia, sudah ada Upin dan Ipin), satu usaha yang masih baru di Asia tetapi nampaknya makin berkembang pesat. Beberapa tahun sudah, Bollywood sebenarnya sudah mengeluarkan beberapa produk animasi tetapi tidaklah begitu dikenali ramai. Namun, Toonpur Ka Superhero adalah next step of Bollywood evolution apabila dua karakter dunia reality (Ajay Devgan dan Kajol) menjadi karakter dunia sebenar dalam dunia animasi. Idea yang cukup menarik, tetapi tak ramai yang berani mencuba. Almaklumlah, menarik penonton kanak kanak bukannya semudah menarik penonton dewasa.
Toonpur merujuk kepada sebuah kawasan fiksyen yang dihuni oleh pelbagai spesies kartun. Masalah terjadi di Toonpur apabila ada satu pihak memecahbelahkan dunia Toonpur sehinggakan wujud puak baik yang dikenali sebagai Devtoons dan puak jahat, Toonasur. Bolly dari Devtoon, yang mana peminat Aditya (Ajay Devgan), pelakon filem dari real life world mencadangkan supaya Aditya ditarik dari dunia sebenar ke dunia kartun untuk menyelesaikan pertelingkahan ini. Maka mula pengembaraan yang cukup fantastic dan menghiburkan.
Filem ini superb. OMG!. Aku cukup terpukau dengan ketelitian CGI yang digunakan. Animasi dan real life character bercantum dengan baik sekali. Dialognya menarik, melucukan dan menghiburkan. Toonpur Ka Superhero memang satu kelainan dari Ajay Devgan dan Kajol dan pada aku, ianya berhasil untuk menghiburkan pelbagai golongan masyarakat. Keseluruhannya, lakonan dalam filem separa animasi ini sudah tentu didominasi oleh Ajay Devgan (yela, dah semua watak kartun), even Kajol akhirnya masuk ke dunia animasi itu atas sebab musabab yang rahasia (tengok sendiri ler!)
Ada adegan adegan yang menarik untuk dinilai. Antaranya yang paling menarik apabila Aditya bermain game untuk menumpaskan Toonasur. Gambaran markah di atas kanan dan kiri visual nampaknya begitu teliti, seolah olah permainan game sebenar. Adegan ni sebenarnya pernah dicuba sebelum ini dalam filem Raama – The Saviour. Namun, filem ini membawakan adegan ‘game’ yang lebih teliti dari filem Raama – The Saviour. Adegan sewaktu Aditya mahu minta tongkat sakti dari Rubdoot (kira macam malaikat maut dunia kartun la.. dia ni orang yang akan mengambil nyawa kartun dengan menggunakan pemadam yang ada di tongkat ajaibnya) jugak menarik. Lawak juga bila motor Rubdoot macam Ghost Rider punya daa..
Musik Anu Malik amatlah superb. Trek Let’s Go To Toonpur antara yang cukup menarik untuk didengar. Lagu yang mengingatkan aku kepada kumpulan Vengaboys. Terkejut juga sebab tak menyangkakan pemuzik yang sudah lama hilang (pada pendengaran aku saja) berjaya menghasilkan trek yang cukup menarik dan kena pada zaman. Tahniah! Congrates! Toonpur Ka Superhero memang sesuai untuk seisi keluarga, boleh buat anda tersenyum, gembira, dan berfantasi dalam khayalan. Mungkin kita sudah sebati dengan animasi Hollywood, namun cuba ambil kesempatan menonton idea animasi orang India yang nampaknya sudah makin berjaya. Come on Malaysia, satu Upin & Ipin tak cukup! We Want More!
4.5/5
No comments:
Post a Comment