Followers

Thursday, March 17, 2011

Dil Toh Baccha Hai Ji (2011)



Nak kata filem humor pun tak, serius pun tak nampak. Romantik pun samar samar. Apa yang Dil To Baccha Hai Ji mahu sampaikan? Hmmm... sekali pandang nampak kosong. Permulaannya terlalu kosong dan tak ada rentak. Tak ada klu dan tiba tiba, tiga manusia dari berlainan latar belakang bergabung membentuk tiga subplot cinta yang berbeza dari tema dan saiz namun berlaku serentak yang mengakibatkan emosi setiap perlakuan ditonjol dalam tiga cara berbeza. Apa yang unik pasal Dil To Baccha Hai Ji ini bukan pada kisah cintanya, tetapi pada alunan dramanya yang menyingkap tiga efek cinta dari tiga pandangan. Madhur B Bhandarkar kali ini cuba bermain ala ala Tere Bin Laden (sebuah filem hindi tentang ‘Osama’), kisah reality dengan sentuhan duri duri halus yang menikam sedikit para penonton, namun boleh berhibur dengan kesakitan tersebut.

Kisah bermula dengan Naren (Ajay Devgan) yang sedang menghadapi konflik rumah tangga. Disebabkan stress, dia yang tinggal keseorangan akhirnya mencari housemate. Maka datanglah Abhay (Emraan Hashmi) seorang playboy a.k.a anak ikan, dan Milind (Omi Vaidya) pemuisi puitis. Kisah akhirnya terbelah kepada tiga apabila Naren jatuh cinta kepada June (Shazahn Padamsee) iaitu pekerja di pejabatnya, Milind pula menggilai Gunjan (Shraddha Das), dan Abhay jatuh cinta kepada anak kepada sugar mummynya sendiri, Nikki. Karakter reality dalam sentuhan berselangseli setiap ceritanya.

Keseluruhannya, plot bermain dengan penuh reality. Jadugari antara trek yang segar. Menyukai rentak cerita Ajay Devgan. Ternyata tuanya bukan penghalang. Emran Hashmi biasa. Omi Vaidya nampak kureng sket pada awal2 namun aku akhirnya dapat rentaknya. Sebuah filem yang nampak sederhana berat kerana ianya reality tentang cinta, putus cinta, dan kembalinya cinta. Sebuah putaran kehidupan yang memang selalu terjadi dalam hidup. Realitinya, kisah ini lebih berat menyatakan bahawa lelaki itu sebenarnya tidak pernah berubah kerana cinta tetapi cinta itu berubah kerana mereka.
3/5

1 comment:

Azmie said...

hero zaman skang da x best la... xde feel... apapun i loikee bollywood... xde cter pasal arjun rampal ke? =)