Sesiapa yang menonton Players dan menganggap karya arahan Abbas Mustan ini adalah sebuah filem original yang punya aksi yang cerdik, dia bukanlah penonton filem yang sempurna. Tepuk tangan pada diri anda sendiri jika anda semua sedar, Players sebenarnya adalah cedokan dan juga olahan yang mirp filem The Italian Job yang pernah dibuat Hollywood. Ya, Players sebenarnya adalah seperti kulit karipap yang menerima inti The Italian Job.
Kisah yang sama dalam dua versi, Players mengisahkan bagaimana satu rompakan mustahil tiba tiba menjadi kelam kabut apabila seorang dari ahli kumpulan sudah belot. Dan, bermula satu lagi misi setahun kemudian apabila Charlie, ketua kepada kumpulan tersebut merancang untuk melakukan rompakan ke atas rumah kaya si pembelot. Hampir sama saja ceritanya dengan The Italian Job, tetapi dengan beberapa subplot yang dikembangkan, ciplakan itu nampak samar dan sukar diterjemah. Bijak!
Apapun, dalam kisah ini, rasanya Abbas Mustan cuba mengekalkan identity mereka apabila filem ini punya twist yang begitu banyak sampai kita sendiri tak terduga siapa salah siapa benar. Itu adalah keaslian dunia Bollywood dalam membawakan kisah popular Hollywood itu. Anda pasti dapat menduga beberapa babak yang memang asalnya dari kisah arahan F Gary Gray tahun 2003 (yang mana sebelum itu pernah diterbitkan pada 1969) terutama scene kereta Mini Coopers di akhir cerita.
Walaupun ideanya nampak sangat sebuah remake dari idea asal, aku rasakan Players punya seksi yang jelas originalitinya. Keseksian Bipasha Basu tidak dipertikaikan lagi. Sonam Kapoor punya kecantikan memang kelu lidah mahu bicara.
Musik garapan Pritam memang sederhana saja. Ho Gaye Tun nampaknya sedap didengar di telinga. Lain lain, teruk!
Keseluruhannya, filem ini memang sebuah filem rompakan yang luar biasa dan menarik untuk disaksikan. Pertamanya, menarik untuk menonton bagaimana Abbas Mustan mencilok dan mengolah Italian Job. Keduanya, menarik untuk melihat sebuah persembahan rompakan yang memang jarang pernah dilakukan dalam sinema India. Menarik juga kerana filem ini bakal merantau ke seluruh pelusuk dunia dalam usaha menghabiskan ceritanya.
3.5/5
No comments:
Post a Comment