Followers

Thursday, March 29, 2012

Tere Naal Love Ho Gaya (2012)


Ritesh Deshmukh tidak mampu untuk membawakan sebuah kisah cinta yang menarik untuk kisah ini. Pada pandangan aku, lakonannya lebih baik berada dalam komedi seperti filem filemnya terdahulu. Menjadi si romantic memerlukan kehebatan yang lebih. Malangnya, Ritesh nampak lebih banyak menonjol untuk komedinya berbanding romantikanya yang diperlukan untuk menjadi si jejaka yang menjadi tangisan hiburan penonton Hindustan.

Jeene De dan Piya Ore Piya antara trek yang cukup menarik. Pengarah muziknya mungkin baru di telinga aku, tetapi gubahannya memang cukup syahdu, walaupun suara penyanyi latar memang nampak pelik sangat dengan gaya Ritesh Deshmukh.

Persembahan filem ini nampak mampat dan bermula dengan pantas. Berjenaka sampai imbangan ceritanya hilang dan romantika tak dapat dibuka. Di bahagian kedua, kejutan yang menjadikan twist filem ini masih tidak mampu untuk mengangkat kehebatan lakonan si heroin dan menjadikan rata rata bahagian filem ini mendatar dan hanya komedi tahap senyum. Walaupun begitu, aku rasakan Tere Naal Love Ho Gaya bukanlah cerita cinta saja. Ianya tentang keazaman untuk berubah dan juga tentang kesedaran. 

Tere Naal Love Ho Gaya mengisahkan bagaimana Viren (Ritesh Deshmukh) yang terpaksa mengharungi satu adventur apabila duit miliknya (yang disimpan dalam teksinya) hilang apabila Bhatti (Tinnu Anand), ayah kepada Mini (Genelia Deshmukh) menjual teksi roda tiganya. Dijadikan cerita, semasa Viren mengamuk, Mini mengambil peluang ini untuk lari dari pernikahan tanpa relanya. Bermulalah pengembaran Mini dan Viren dan berputik cinta. 

3/5

No comments: