Followers

Sunday, December 13, 2009

Love Aaj Kal (2009)



LOVE AAJ KAL... sebuah filem yang aku harap memberi satu lagi JAB WE MET buat aku. Melihat penangan JAB WE MET yang pada aku mantap dari struktur ceritanya walaupun pergerakan plot makin slow, dan berjaya juga menahan aku sebelum aku terus terlelap, aku harap LOVE AAJ KAL lebih baik dari JAB WE MET. IMTIAZ ALI, sebelum ini pernah aku lihat dalam JAB WE MET je... so, aku tak bleyh la nak bandingkan cite LOVE AAJ KAL dengan filem lain. Promo LOVE AAJ KAL gah dengan lagu Aahun Aahun menjadi latar. Aku suka lagu tu sehinggakan aku sndri ternanti-nanti filem ini. Ya, sekarang sudah sampai masanya untuk aku jujur dalam mereview filem ni.

Jujurnya, LOVE AAJ KAL tidak menepati citarasa aku. Bukan seperti apa yang aku mahu. Namun, usaha IMTIAZ ALI bukan satu perkara yang sia-sia sbb filem ini berjaya menarik pelbagai penonton kerana jalan ceritanya yang sedikit terbalik dari kisah cinta biasa. Namun, bagi aku filem ini amat memboringkan. Tapi, idea dan konsep sungguh baik dan fresh. Papepon, kalau aku cakap boring, tak semestinya cite ni tak best. Lain orang lain taste kan..

LOVE AAJ KAL mengisahkan ttg dua orang kekasih yang bertemu dalam pada masa yang singkat, (Saif Ali dan Deepika), kemudiannya memutuskan untuk berpisah dengan segera. Kedua2nya setuju untuk berpisah dan saling menghubungi antara satu sama lain dan beritahu kisah terbaru. So, si pompuan berjumpa pulak dengn pensyarah dia dan si jejaka plak berjumpa ngn minah baru. Maka, kedua2 saling memberitahu kisah cinta masing-masing, tapi.. mereka sebenarnya hidup dalam kepura puraan coz mereka ego untuk beritahu yang mereka sebenarnya mencintai antara satu sama lain. Si lelaki tak tahu camne nak cakap, so dia belajar dari kisah cinta bos dia. Kisah yang hampir sama.. apa jadi.. tengok sndri..

Itu saja...

Simple

Itu baru major story. LOVE AAJ KAL bergerak melalu dua naratif yang berbeza tetapi ppunyai ending yang sama. Bukan senang jugak nak digest filem ni tapi, papepon.. specialnya filem ini mungkin pada lakonan bersahaja saif dan deepika. Adegan awal (Setup), amat baik. Aku suka perkembangan awal cerita. Best. Lakonan bersahaja ini mungkin satu special features wat LOVE AAJ KAL.

Muzik filem ni best. Twist, Aahun Aahun dan Chor Baazari memang nice to hum. Chor Baazari, sebuah lagu yang catchy dengan melodi sederhana rancak manakala Twist penuh dengan tarian dan melodi techno bangra.

Kesimpulannya, apa yang nak diuraikan leh filem ni ialah sejauh mana jarak masa, cinta itu tetap sama.

Papepon, LOVE AAJ KAL... terpulang pada korang untuk menilai...

No comments: