Followers

Monday, November 29, 2010

Anjaana Anjaani (2010)


Sebuah lagi filem Bollywood era moden yang menarik, membuatkan aku tersenyum sesorang dan menambat hati selepas 'I HATE LUV STORY'. Itu yang aku dapat simpulkan selepas menonton filem yang berlatar belakangkan bandaraya Amerika yang gah. Entahlah kenapa zaman sekarang penggiat filem Bollywood terlebih akal sehinggakan mereka membikin filem seolah-olah Amerika itu mereka yang punya. Mungkin juga setting bandaraya Las vegas, San Francisco dan New York nampak lebih menarik di lensa kamera. Apapun, ANJAANA ANJAANI memang tidak membosankan dan cukup rasa untuk membuai penonton ke alam percintaan fantasi yang direka dalam filem ini.

Filem ini yang mana dikatakan terinspirasi dari Patrice Leconte's 1999 French film yang bertajuk LA FILLE SUR LE PONT/GIRL ON THE BRIDGE, yang dilakonkan Daniel Auteuil dan Vanessa Paradis ini mengisahkan sekitar dua watak Kiara (Priyanka Chopra) dan Akash (Ranbir Kapoor)yang punyai masalah dalam hidup masing-masing. Disebabkan terdesak, mereka akhirnya berazam membunuh diri. Ditakdirkan dua watak ini berjumpa di tempat bunuh diri yang sama secara tak sengaja). Selepas tidak berjaya untuk bunuh diri dengan terjun dari jambatan, akhirnya mereka bertekad untuk mmbunuh diri pada malam tahun baru 2010. Ada 20 hari lagi ke tarikh itu.. dan ini kisah mereka berdua menunaikan hasrat hidup mereka sebelum tiba tarikh kematian tersebut.


Muzik Veshal Shekar baik. Ada beberapa lagu yang menarik untuk didengar. Keseluruhannya, muzik mantap dan moden. 'Tumse Hi Tumse' catchy. 'Anjaana Anjaani' energetik.

Menarik dan sungguh melucukan. Kiara dan Akash dua insan jauh beza. Sorang dari San Francisco dan sorang lagi dari New York. Dua kisah dari dua dunia berbeza akhirnya bertemu kerana satu matlamat yang sama iaitu mahu mati. Namun, kisah ini tidak digarap dengan tona menyedihkan. Ianya disulami babak melucukan yang amat menarik. Dengan lakonan Priyanka Chopra yang luar biasa. Kiara nampak sebati dengan lakonan Ranbir Kapoor yang kadangkala nampak tak stabil. Keseluruhannya, Anjaana Anjaani filem wajib tonton buat penggemar romantik komedi. Lawaknya menjadi. Visualnya tahap tinggi. Musiknya tak basi. Buat peminat Priyanka Chopra, sudah tentu filem ini memberikan Priyanka dalam karakter berbeza.

4/5

Sunday, November 28, 2010

Apartment (2010)



Apartment adalah kisah thriller yang nampak cliche. Penggunaan objek-objek sebagai tajuk sudah tentu mendedahkan pasal kisah sebenar yang bakal ditonjolkan dalam filem ni. Walaupun sudah dapat mengagak apa yang bakal disampaikan, Apartment juga ada melodi yang sukar dijangka. Mengisahkan seorang pramugari (Tanushree Dutta) dan kekasihnya yang berkongsi sebuah rumah apartment. Disebabkan kecurigaan, pramugari ini akhirnya menghalau kekasihnya dan mengambil housemate baru. Bila si pramugari ni mula rapat dengan housemate baru, akhirnya baru dia sedar yang housematenya psikopath.

Tak ada banyak yang boleh dibincangkan. Plot nampak memfokus kepada point. Tidak ada banyak sublot yang lewah. Walaupun bermain dengan idea yang ringkas, filem berjaya dikembangkan. Elemen cemas wujud dengan baik. Muzik nampak biasa, tiada trek menyengat. Apapun, sesuai untuk peminat filem trill cemas. Pesanan, hati-hati mencari housmate.

3.5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/apartment-2010-hindi-rmvb.html