Followers

Monday, November 7, 2011

Avan Ivan (2011)


Even aku baca bahawa movie ni box-office di India, filem ini taklah ok mana pun. Avan Ivan pada aku tidak kuat pada fasa kedua filem ini. Kisahnya mula berterabur dan beberapa subplot diabaikan. Perkara perkara yang penting dilupakan dan cerita ini diakhiri dengan sebuah kisah yang baru saja dimulakan pada fasa kedua. Seolah olah ianya sebuah filem yang asalnya adalah dua filem. Apapun, komedi Avan Ivan tidak mengecewakan. Cuma aku kurang gembira bila twist cerita ini berserabut dan buat aku bertanya why why why!

Avan Ivan (அவன் இவன்; English: That Man, This Man) ialah filem komedi drama yang diarahkan Bala. Filem ini dibintangi Vishal, Arya, Janani Iyer dan Madhu Shalini dalam role utama. Filem ini mengisahkan kehidupan dua beradik yang menghadapi pelbagai halangan dalam kehidupannya. Kehidupan mereka Walter dan Sami bersulam cinta, dan masalah yang memeriahkan drama komedi ini.

Puas hati dengan muzik Yuvan Shankar Raja. Namun, filem ini cukup mengecewakan bila pengakhiran first half filem terlalu lemah dan tidak berjaya timbulkan perasaan untuk menanti second half. Ending filem ini cukup lemah. Pada aku second half filem ini sudah berterabur. Pada aku, filem ini sederhana.

2/5

No comments: