
Sachin Tichkule (Akshay Kumar) adalah kontraktor paling bernasib malang dalam keluarganya sebab tidak sehebat adik beradiknya yang lain yang dapat banyak projek (guna rasuah). Nak dijadikan cerita, pegawai tinggi kat kawasannya pula adalah bekas awek si Sachin (Trisha) yang membencinya sebab kisah lampau. Kisah berkisar mengenai bagaimana Sachin cuba mengubah nasibnya namun tak berjaya. Dalam masa sama, Sachin mula mendedahkan korupsi yang dilakukan abang-abangnya dalam mendapatkan projek apabila seorang mangsa jambatan runtuh (jambatan tu dibina abangnya) membantu mendapatkan maklumat.
Nampak sinopsis macam serius. Tapi, filem ni santai. Walaupun isunya nampak macam bukan untuk hiburan (yela, mana ada orang buat filem pasal kontraktor), filem ni ada part untuk gelak gelak. That is the best thing when we talk about Priyadarshan's movie. Dia punya komik komedi memang the best. Musik dari Pritam best jugak! Trek modern dan tradisi nampak masyuk!. Tambahan pulak ada Johnny Lever dalam filem ni. Tambah luculah jadinya. Sebuah filem yang menarik untuk hiburan dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi, mak bapak dicadangkan untuk tolong tutup filem selepas habis saja final scene filem ni. Nanti tak pasal pasal diorang nyanyi lagu 'bullshit' tu, sape yang susah?
3/5
No comments:
Post a Comment