Followers

Sunday, January 2, 2011

Kushti (2010)


Kisah cinta dengan approach yang berbeza. Tak ada yang istimewa tentang filem ini. Sekali lagi, kisah cinta dengan approach berbeza. Kushti menampilkan barisan pelakon sekadar biasa, Rajpal Yadav sebagai teraju utama. Penampilannya kali ini sebagai posmen di sebuah daerah yang menjadikan sukan gusti sebagai sukan utama yang jatuh hati dengan anak kepada salah seorang guru gusti di perkampungan tersebut. Ditakdirkan cinta mereka dihalang kerana sikap bapa si gadis yang mempunyai masalah dengan satu lagi guru gusti di daerah tersebut. Kisah cinta yang kecil ni kemudiannya menjadi besar apabila Chandher terpaksa menghadapi lawan bapanya (penampilan khas The Great Khali dari WWE) untuk memenangi cinta hatinya. Keseluruhannya, file mini nampak tak seimbang. 30 minit awal, penonton masih terkebil kebil apa benda yang nak cuba disampaikan. Lakonan Rajpal Yadav klise macam filemnya sebelum ini. Oh ya, babak akhir menjangkakan The Great Khali memberikan penampilan hebat, tetapi malang, mengecewakan.

No comments: