Followers
Monday, April 16, 2012
Saturday, April 14, 2012
Saturday, April 7, 2012
Agneepath (2012)
Agneepath, buah tangan dari Karan Johar terbaru, selaku penerbit, dan diarahkan oleh Karan Malhotra. Sebuah filem remake filem tahun 1990 yang mana menampilkan Amitabh Bachchan sebagai pemain utama dibantu oleh Dany Denzongpa dan Mithun Chakraborty. Namun begitu, penonton perlu tahu, walaupun filem ini dijaja sebaga Remake filem yang mengekalkan tajuk yang sama, ceritanya sama dengan pengubahsuaian dan juga penambahan karakter.
Tidak berkesempatan untuk menonton filem asalnya, aku masih dapat rasakan faktor x Agneepath masih wujud dalam kelahiran kedua ini. Filem yang mengisahkan satu perjalanan membara seorang kanak kanak yang mana bapanya telah dibunuh akibat fitnah oleh si jahat ini memang sebuah filem yang dasyat dengan permainannya. Jelas dipaparkan bagaimana sebuah kehidupan mampu berubah dan diubah dengan permainan yang tidak disangka sangka.
Agneepath mengisahkan Vijay (Hrithik Roshan) anak kepada seorang master di sebuah pulau terpencil yang menuntut bela atas kematian bapanya di tangan Kancha (Sanjay Dutt). Dalam 15 tahun penantian untuk satu pembalasan dendam, Vijay bersama dengan Rauf Lala (Rishi Kapoor), seorang ketua jenayah pemerdagangan orang. Dalam diam, Rauf Lala sebenarnya tidak pernah sedar Vijay sebenarnya menggunakan dirinya untuk sampai kepada Kancha.
Sebagai sebuah filem dendam yang memang hebat, filem ini tidak mampu menyuntik elemen romantik dengan baik dan sempurna. Walaupun begitu, jelas dipaparkan bagaimana cinta Kaali cuba disulam sebaik mungkin supaya heroinnya masih muncul untuk membantu. Namun, sebagai sebuah filem dendam yang berat, aku rasakan kisah cinta tidak mampu untuk diselitkan dengan banyak menjadikan Priyanka Chopra hanyalah muncul dalam satu dua adegan yang tidak berapa penting sangat.
Dalam kisah ini juga terselit mesej kekeluargaan dan juga kasih sayang. Idea yang memang menjadikan filem Bollywood filem yang hebat. Kisah dendam si Vijay memang bukanlah untuk dirinya sahaja. Tetapi untuk mengembalikan maruah dan kehidupan masyarakat pulaunya.
Dengan lakonan Hrithik Roshan yang tidak perlu dipertikaikan lagi, Agneepath punya keistimewaan dari garapan babak babaknya yang menarik dan tricky. Walaupun kita sudah tahu apa tujuan Vijay masuk menyertai Rauf Lala, kita masih ingin tahu seterusnya dan apa yang terjadi sehinggakan dia dapat menggenggam dendam Kancha semula.
Kehadiran Katrina Kaif selaku penampilan khas tidaklah menyerlah sangat. Chakne Chameli pula hanyalah trek yang sederhana seksi. Namun begitu, ianya masih mampu untuk memberikan hiburan yang membuka mata.
Apapun, Agneepath sebuah klasikal hindi yang jarang kita lihat kini. Kembalinya filem ini dalam era baru ini membawa kembali nostalgia filem asal (walaupun aku x tonton). Ternyata kehebatan filem ini bukan pada pelakonnya, tetapi kekuatannya ada pada dendam untuk mengembalikan maruah dan hak sesebuah keluarga dan masyarakat.
4.5/5
Subscribe to:
Posts (Atom)