Followers

Saturday, July 24, 2010

City Of Gold (2010)


Menyaksikan City of Gold umpama mengimbas kembali dunia Mumbai beberapa dekad lalu. Ianya terlalu realistik dan penuh keganasan. City Of Gold adalah sebuah filem realiti buah tangan Mahesh Manjrekar dan ianya adalah hasil yang penuh satira, perjuangan dan kehidupan masyarakat India yang sebenar. Pengalaman menonton filem ini amat mengejutkan dan sungguh menarik untuk dijongsi.
City Of Gold. Mendengar pada namanya yang hampir sama dengan City Of God (sebuah filem Afrika), dua filem ini mempunyai agenda yang sama iaitu membongkar dunia realiti masyarakat negara itu sendiri. Malah, dua filem ini, walaupun dari berlainan persepsi dan budaya, ianya adalah sesuai dengan realiti. Tidak seperti filem Bollywood lain yang penuh dengan kemewahan, filem ini membongkar kisah situasi pekerja kilang pada zaman masalahnya sekitar 80an.

Melingkari kisah masalah kesatuan pekerja kilang yang menghadapi masalah apabila tanah kilang meraka mahu dibangunkan, kisah ini memfokus kepada sebuah famili yang penuh dengan karakter yang pelbagai. Masalah yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga ini, digambarkan satu persatu dan membawa kepada pelbagai masalah yang akan diselesaikan dalam filem ini.
Pelbagai isu diselongkar dalam filem ini. Dari isu politik kotor sehinggakan maslah keluarga dan juga kehidupan, City Of Gold umpama satu filem yang mencantumkan semua masalah kehidupan dalam masa 2 jam tayangan. Gaya penceritaan amat menarik kerana semuanya berdasarkan realiti. Jangan mengharapkan pelakon yang popular di sini kerana City Of Gold tidak memberikan itu. Ianya memberikan anda satu pandangan pemikiran tentang dunia pembangunan Mumbai yang penuh dengan masalah.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/city-of-gold-2010-dvdrip-hindi.html

No comments: