Priyadarshan kembali dengan sebuah filem aksi berprofil tinggi yang lasak dan padat dengan aksi. Di bawah genre aksi ini, Priyadarshan cuba untuk memaparkan isu imigran india haram yang berada di kota London yang dibawa pulang ke tempat asal. Cerita bertitiktolak dari kisah sepasang suami isteri, Aakash Rana (Ajay Devgan) dan juga Nikita (Kangna Ranaut) yang terpisah akibat status imigran mereka yang berbeza. Dari titik itu, filem ini mula membina plot aksinya, cuba untuk berHollywood.
Apa yang terjadi seterusnya adalah siri siri aksi yang diukir sehabis Hollywood untuk membawa detik cemas dan juga insiden yang terbaik dari ladang. Kali ini, Priyadarshan mensasarkan kisah hijacking yang licik. Kisah kali ini mengisahkan sebuah kereta api yang tidak dapat berhenti akibat bom yang dipasang menjejak speed mereka sama seperti filem Keanu Reeve, Speed. Iya, mungkin inspirasinya dari situ, tetapi ceritanya mungkin berbeza. Oh ya, mengingatkan aku kepada Unstoppable jugak.
Siapa dalangnya, Aakash Rana sendiri. Dia dibantu Aadil Khan (Zayed Khan) dan juga Megha (Sameera Reddy) dalam usaha menyiapkan misi ini. Dan, si pemburu jenayah, Arjun Khanna (Anil Kapoor) adalah adiwira yang nak pencen tetapi diberi tugas besar ini terakhir kalinya. Dan, ini adalah kisah cat and mouse yang padat dan menarik untuk ditonton.
Malangnya, sebagai filem yang berprofil tinggi yang menggunakan transportation awam untuk sebuah penggambaran, visual keretapi tampak jelas fake. Dalam beberapa babak, nampak jelas keretapi tersebut seperti sebuah keretapi mainan yang dimanipulasi. Malah, visual adegan di pusat kawalan keretapi juga nampak tidak meyakinkan. Tak mengapalah, jom balik kepada ceritanya.
Aku rasakan cerita ini cukup padat dengan hanya memuatkan satu lagu sahaja. Dengan aksi kejar mengejar dan penyiasatan Arjun Khanna terhadap siapa di sebalik semua ini memang cukup pantas dan hebat. Walaupun digagalkan dengan visual yang tidak meyakinkan, Tezz adalah filem aksi yang cukup bertaraf Hollywood yang agak menarik untuk ditonton walaupun aku sedikit tidak selesa dengan dubbing yang dilakukan untuk beberapa karakter dalam filem ini.
3/5