Aksi hebat dan trailer promo yang cukup mantap adalah kenapa Prince menjadi satu filem tontonan hari ini. Selain mengetahui ianya adalah dari penerbit Race yang pernah hit suatu ketika dahulu, tarikan Vivek Oberoi dan visual memukau juga adalah perkara yang menarik untuk disaksikan dalam filem ini. Maka, boleh aku katakan Prince merupakan sebuah thriller penuh misteri melalui gabung jalin cerita yang cukup menarik.
Dahulu, John Woo pernah mempamerkan tema 'memory lost' melalui karakter dalam Paycheck lakonan Uma Thurman dan Ben Affleck. Bukan itu saja, sejak lamanya lagi sudah banyak filem yang menggunakan premis 'memory lost' untuk memberikan impak misteri kepada filem tersebut. Dan ternyata, ianya juga menarik minat Bollywood untuk menggunakan premis yang sama dalam Prince.
Ditulis oleh penulis Race, Prince punyai kerangka cerita yang mirip Race. Dalam setiap babak, akan ada twist yang memutar belit keadaan sehinggakan point-point menjadi kelam kabut. Namun, itu adalah objektif lakaran cerita ini, mungkin.
Prince berkisar tentang sorang 'international thief', Prince yang melakukan rompakan terbesarnya di 3 tempat berbeza dan mendapati dirinya menghadapi 'memory lost'. Sedikit demi sedikit identitinya diperoleh semula dan masalahnya, beberapa agensi sedan memburunya kerana sesuatu perkara yang dia telah lakukan. Dalam masa 4 hari, Prince perlu mengambil kembali memorinya untuk memperbetulkan keadaan.
Filem ini mirip Paycheck. Namun, gayanya persembahannya lebih jauh dari itu. Penceritaan yang penuh twist dan antagonis cliche bollywood membuatkan filem ini nampak indian tetapi penuh style. Jujurnya, filem ini seperti mahu menguji daya saing filem Bollywood dalam penggunaan imej CGI dalam filem mereka. Sebelum ini, India sudah menggunakan CGI dalam Love Story 2010, namun tidak berjaya.
Muzik ciptaan Sachin Gupta nampak sesuai dengan filem hi tech ni. Tak banyak komen walaupun tak ada lagu yang menarik pada aku. Keseluruhannya, penampilan Vivek Oberoi sebagai Prince cukup meyakinkan. Gaya badannya dan juga dialognya meyakinkan. Watak Prince memang sesuai untuknya. Prince sesuai untuk penggemar filem aksi Bollywood. Mungkin Prince nampak overdose, namun itulah Bollywood.
Kesimpulannya, Prince mengulang kejayaan Race. Aksi cemas, twist belambak menjadikan Prince sebuah filem menarik. Namun, beberapa babak yang nampak unlogik mungkin berjaya diselindung dengan cinematografi yang baik.
4.5/5
No comments:
Post a Comment