Wow.. itulah yang aku dapat katakan daripada pengalaman menonton filem keluaran FilmKraft Production ini. Jika dahulunya, Krrish dan Koi... Mil Gaya menjadi pertaruhan, Kites adalah satu formula terbaik buat FilmKraft menjana keuntungan. Menjangkakan Kites filem picisan bollywood, tanggapan itu dilesetkan dengan sekelip mata apabila filem itu bermula dengan penuh energy yang sukar dijumpai dalam filem Bollywood. Ianya bukan satu filem cinta biasa walaupun cinta adalah tema biasa di Bollywood. Rakesh Roshan, selaku penerbit menghabiskan jutaan kerana satu matlamat, keuntungan Kites yang berganda. Dan.. aku tahu, memang berbaloi membina sebuah cerita sebegini.

Diterajui Anurag Basu, seorang pengarah yang dikenali sebab arahannya dalam Murder (Mallika Sherawat) dan Life In A Metro, Kites pada aku adalah hasil kerja terbaiknya setakat ini. Emosi digarap mantap can cukup untuk memancing emosi penonton menghayati watak yang direka. Memang filem ini cukup internasional di tangan Anurag Basu. Idea kreatif Rakesh Roshan ini digarap kemas dalam membawa filem ini ke mata dunia. Mungkinkah Kites cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Bollywood sudah maju?

Formula Kites nampak seperti proses refresh filem-filem seperti Koyla (Shah Rukh Khan dan Manisha Koirala) dan juga Tony Scott's Revenge. Namun, aku yakin bahawa ianya idea baru yang cuma menggunakan beberapa point sekadar membantu idea untuk berjalan dengan baik. Jika Krrish hanyalah superhero penuh dengan fiksyen, Koi.. Mil Gaya hanyalah sang budak terencat bersama E.T, Kites adalah lebih dari itu. Persoalan cinta dan kehidupan yang cukup berat diolah menjadikan Kites sebuah filem penuh emosi dan aksi. Namun, keseluruhannya Kites adalah filem paling baik dari Rakesh Roshan (sebagai penerbit), Anurag Basu (sebagai pengarah) dan Hrithik Roshan (sebagai pelakon).

Rajesh Roshan sebagai pengarah muzik memberikan muzik impak maksima kepada filem ini. Muzik score setaraf orkestra Hollywood memberikan emosi kepada semua adegan emosi mahupun aksi dalam filem ini. Walaupun tiada nyanyian dan dan tarian seperti filem Bollywood biasa, Kites mampu memberikan music score tahap tinggi kepada penonton.

Jujurnya, Kites sebuah filem emosi berat yang cukup baik. Seolah-olah menyaksikan filem Hollywood dalam bahasa Hindi, itulah gambarannya. Kites mampu memberikan anda tiga perkara. Satu, emosi yang cukup menyentap. Dua, aksi kejar mengejar yang hebat. Dan tiga, pelakon yang hensem dan cantik.
4.7/5
DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/07/kites-2010-dvdrip-hindi.html
No comments:
Post a Comment