Followers

Thursday, December 31, 2009

Aagey Se Right (2009)



Sempat aku habis tonton satu muvi... hindi okeh.. tajuknye.. Aagey Se Right.. melayu cakap, Kanan satu lagi.. hah... filem sederhana komedi... eh x.. komedi.. tentang bnda yang korang mungkin x jangka akan terjadi.

Filem ni dibiintangi pelakon2 yang mungkin korang tak berapa nak kenal. Tapi, well done to Indrajit Nattoji .. filem ni memang clever dan best.

Alkisah filem ini berkisar tentang seorang polis, Dinkar Waghmare (Shreyas Talpade). Dinkar seorang polis yang baru masuk kerja. Nerdy2 sikit. Nak dijadikan cite, on the way dia nak g balai, pistol dia kena curi waktu motosikalnya rosak kat tengah jalan. So, mula la si Dinkar ni mendapatkan semula pistolnya apabila pistolnya tu, asyik terlepas je ke tangan orang lain.

Pada masa yang sama, ada geng jihad nih, nak bom satu majlis polis. Nak dijadikan cite, si pengebom ni, jatuh cinta dengan sorang penyanyi night club, Pearl. Last2.. adalakah misinya berjaya..?? tengok yer...

Kreatif.. namun kadangkala ada juga certain part yang boring. Filem ni bukanlah sebuah filem serius, ianya lebih kepada komik komedi. So, jangan persoal kenapa seorang pengebom yang bleh plak jatuh cinta.. k..

Superb..

Lagu best.. rentak baru, ada elemen soft rock..

2je..

P/S: 3.5/5

Monday, December 21, 2009

Aladin (2009)


First impression aku mengenai remake terbaru lagenda dongeng Aladin ini ialah, ia bakal menjadi sebuah filem yang berjaya memberi nafas baru bagi filem-filem yang menggunakan CGI dalam filem Bollywood. Sebelum ini, Harry Baweja pernah menghasilkan filem yang menggunakan banyak CGI efek dalam Love Story 2050. Namun, keberkesanan efek dalam Love Story 2050 ditenggelami storyline yang biasa dan struktur cerita yang terlalu simple. Love Story 2050 namun, boleh dibanggakan kerana usaha pengarah dan penerbit mencuba sesuatu yang baru dalam industri.

2009 menyaksikan kemunculan sebuah filem baru bertajuk Aladin. Menggunakan CGI sebagai tarikan, Aladin sebuah lagenda yang mempunyai nafas baru yang fresh. Cukup bagus dan memang best.

Sedikit sinopsis Aladin.

Khwaish, sebuah pekan fantasi. Di situ, tinggal seorang lelaki yatim bernama Aladin Chaterjee (Riteish Deshmukh). Aladin yang kehilangan ibu bapa disebabkan satu insiden sering dibuli oleh rakan sekolahnya, Kasim (Sahil Khan). Dalam diam, Aladin menaruh hati kepada Jasmine (Jacqueline Fernandez), seorang pelajar baru yang pada masa yang sama dipikat oleh Kasim. Tanggal hari jadinya, Jasmine menghadiahkan Aladin sebuah lampu ajaib. Lampu tersebut, tanpa pengetahuan Jasmine mempunyai jin yang tinggal di dalamnya.

Kasim yang selalu membuli Aladin menyuruh Aladin menggosok lampu tersebut. Namun, dengan tak semena-mena jin bernama Genius (Amitabh Bachchan) dilepaskan. Seperti hikayat Aladin asal, Genius memberikan Aladin 3 permintaan yang akan ditunaikan. 3 permintaan tu ape akh? Tengok sndri.

Biasa kan? Tak.. ini tambahan kerangka filem ni... Ringmaster (Sanjay Dutt) mengembara bersama kuncu2nya untuk mencari semula lampu ajaib. Kenapa? Malas nak cite.. g tengok.

Aladin mungkin sebuah filem fantasi yang menarik. Kesan khas tahap hollywood patut dibanggakan. Antara scene-scene gempak dalam filem ni..

1) adegan Ringmaster menyelamatkan seorang lelaki dari kabel eletrik terputus
2) adegan Genius menyelamatkan Aladin dari runtuhan salji
3) adegan kemunculan Aladin
4) klimaks

superb dan kemas.

Muzik Vishal Shekar superb. Menyaksikan Genie Rap yang dinyanyikan oleh Big B sendiri memang best. Hip hop dan pop dengan persembahan dan tarian yang memang best. Papepon, tidak dinafikan lagi, Vishal Shekar punya muzik dalam filem ni memang best.

Visual Khwaish digambarkan dengan baik. Wide-shot pekan Khwaish yang mempunyai penduduk Cina dan India memang bagus. Memang pekan Khwaish nampak seperti pekan kuno, namun, Khwaish juga punyai sebuah universiti dan kehidupan masakini.

Papepon, filem ni best.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/02/accident-on-hill-road-2009-hindi-dvdrip.html

Sunday, December 13, 2009

Love Aaj Kal (2009)



LOVE AAJ KAL... sebuah filem yang aku harap memberi satu lagi JAB WE MET buat aku. Melihat penangan JAB WE MET yang pada aku mantap dari struktur ceritanya walaupun pergerakan plot makin slow, dan berjaya juga menahan aku sebelum aku terus terlelap, aku harap LOVE AAJ KAL lebih baik dari JAB WE MET. IMTIAZ ALI, sebelum ini pernah aku lihat dalam JAB WE MET je... so, aku tak bleyh la nak bandingkan cite LOVE AAJ KAL dengan filem lain. Promo LOVE AAJ KAL gah dengan lagu Aahun Aahun menjadi latar. Aku suka lagu tu sehinggakan aku sndri ternanti-nanti filem ini. Ya, sekarang sudah sampai masanya untuk aku jujur dalam mereview filem ni.

Jujurnya, LOVE AAJ KAL tidak menepati citarasa aku. Bukan seperti apa yang aku mahu. Namun, usaha IMTIAZ ALI bukan satu perkara yang sia-sia sbb filem ini berjaya menarik pelbagai penonton kerana jalan ceritanya yang sedikit terbalik dari kisah cinta biasa. Namun, bagi aku filem ini amat memboringkan. Tapi, idea dan konsep sungguh baik dan fresh. Papepon, kalau aku cakap boring, tak semestinya cite ni tak best. Lain orang lain taste kan..

LOVE AAJ KAL mengisahkan ttg dua orang kekasih yang bertemu dalam pada masa yang singkat, (Saif Ali dan Deepika), kemudiannya memutuskan untuk berpisah dengan segera. Kedua2nya setuju untuk berpisah dan saling menghubungi antara satu sama lain dan beritahu kisah terbaru. So, si pompuan berjumpa pulak dengn pensyarah dia dan si jejaka plak berjumpa ngn minah baru. Maka, kedua2 saling memberitahu kisah cinta masing-masing, tapi.. mereka sebenarnya hidup dalam kepura puraan coz mereka ego untuk beritahu yang mereka sebenarnya mencintai antara satu sama lain. Si lelaki tak tahu camne nak cakap, so dia belajar dari kisah cinta bos dia. Kisah yang hampir sama.. apa jadi.. tengok sndri..

Itu saja...

Simple

Itu baru major story. LOVE AAJ KAL bergerak melalu dua naratif yang berbeza tetapi ppunyai ending yang sama. Bukan senang jugak nak digest filem ni tapi, papepon.. specialnya filem ini mungkin pada lakonan bersahaja saif dan deepika. Adegan awal (Setup), amat baik. Aku suka perkembangan awal cerita. Best. Lakonan bersahaja ini mungkin satu special features wat LOVE AAJ KAL.

Muzik filem ni best. Twist, Aahun Aahun dan Chor Baazari memang nice to hum. Chor Baazari, sebuah lagu yang catchy dengan melodi sederhana rancak manakala Twist penuh dengan tarian dan melodi techno bangra.

Kesimpulannya, apa yang nak diuraikan leh filem ni ialah sejauh mana jarak masa, cinta itu tetap sama.

Papepon, LOVE AAJ KAL... terpulang pada korang untuk menilai...

Saturday, December 12, 2009

Awarapan (2007)


Hmm.. asyik2 skarang ni review filem lama jer... xpe.. banyak g filem hindi yang belakang2 aku lom tgk. Mungkin sbb teknologi lom wat aku sampai untuk search filem2 lama.

Kali ni aku nak review filem Emran Hashmi.. alah, yang belakon cite Raaz baru tu. Yang slalu blakon ngan Vikram Bhatt. Tajuknyer Awarapan. Cite ni terbit tahun 2007. Mungkin de yg dah tgk. Ada tak?

First impression, ape ada ngn cite ni. Hanya visual Bangkok dan kehidupan gangster india di bangkok. Kisah perdangangan manusia dan kisah yang berlaku sekelilingnya. Tu je... tapi, cite 2 jam ni bergerak ke hadapan bila kisah sebenarnya berlaku sebegini.

Shivam (Emran Hashmi) yang kesepian dan baru je lepas kehilangan cintanya dengan seorang gadis pakistan bekerja dengan sorang gangster. Gangster ni plak, ada la pompuan simpanan. Pompuan simpanan pakistani. Satu hari, sbb bos dia ni percaya giler kat Shivam, dia arahkan Shivam spy pompuan simpanan ni sewaktu dia g luar negara.

Nak dijadikan cite, pompuan ni lak nak mirip2 perangai ex girlfriend dia. Hah, mula la pergolakan. Nak tau, tengok je... cite yang simple tapi agak berat jugak.

Muzik tak banyak nk komen. Takde la muzik yang best. Tapi, kena la ngan storyline. Tapi, skor mantap jugak la..

Lakonan Emran baik. Yang lain biasa je. Lagipun, korang tak payah la cari muka2 yang terlalu terkenal dalam filem ni. Semua nampak biasa je. Pelakon2 yang selalu berlakon ngan produksi Bhatt je la yang korang leyh tgk dalam filem ni.

Papeon, isu yang dimainkan dalam cite ni aku suke. Isu percintaan dua agama. Satu yang ada agama dan satu kosong agama. Persoalan2 yang best.


Wednesday, December 9, 2009

Shoot Out At Lokhandwala (2007)



Shootout At Lokhandwala bukan satu filem biasa. Diinspirasikan dari sebuah kisah benar, cite ni amat penuh dengan keganasan dan realiti dunia mafia india. Dibintangi Vivek Oberoi, Tushar, Arbazz Khan, Sanjay Dutt dan penampilan istimewa Amitabh Bachchan, Shootout At Lokhandwala diarahkan oleh Apoorva Lakhia.

Perlu diingatkan yang Bollywood bukan satu dunia hiburan yang biasa menerbitkan kisah benar yang berlaku dalam kisah mereka. SAL ini adalah satu kelainan yang cuba ditonjolkan Sanjay Gupta. Mengambil kisah benar yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang cuba membunuh sekumpulan pemberontak yang membawa kepada keganasan, SAL penuh dengan pelbagai persoalan.

Siapa polis yang berhak menggunakan senjata api?

Polis juga punyai dendam, kalau dendam bersatu dengan kerjanya, bagaimana?

Salahkah polis bertindak ganas?

Siapa ganaz... pemberontak atau polis itu sendiri?

Tindakan yang dilakukan oleh 3 orang polis yang menyerbu sebuah rumah tumpangan demi menangkap sekumpulan pemberontak yang telah dipermainkan ketuanya bermula dengan aman dan berprosedur. Namun, apabila anggota polis yang tidak bertauliah yang diletakkan dalam mengendalikan keadaan sedemikian, tindakan tidak wajar diambil. Dendam, sifat marah dan salah guna kuasa polis menjadikan kejadian yang berlaku pada sekitar 70an itu satu kejadian yang menggemparkan India.

Mungkin kita tidak ketahui hal ni, namun SAL buat kita berfikir. Polis dan pemberontak... sesuatu yang hampir sama... namun, kuasa dan sudut berbeza.

Lakonan Vivek Oberoi cukup mantap, malah Tushar jugak bagus. Snjay Dutt dan the rest biasa. Penampilan istimewa Abhishek Bachchan cacatkan filem ni. Frust tol bila hero sebegitu sanggup dimatikan. Huh...

Movie ni pada aku tidak memerlukan trek lagu. Filem ini harus bergerak ke hadapan dan penggunaan lagu mengurangkan impak filem ni..