Followers

Thursday, December 16, 2010

Action Replayy (2010)


Kisah time machine sekali lagi? Oh no! Mungkinkah bakal mengulang kegagalan Love Story 2050 (Priyanka Chopra dan Harman Baweja)? Tidak rasanya kali ini. Action Replayy nampaknya lebih matang. Nampaknya mereka sudah makin pandai untuk menggunakan efek dan fiksyen dalam filem. Bagus bagus bagus. Action Replay dibintangi Akshay Kumar yang memang kaya rasanya apabila filemnya berderet di pawagam dengan tajuk berbeza pada tahun ini. Gandingannya dalam filem ini adalah Ratu Cantik, Aishwarya Rai. Fulamak, lepas Endhiran akhirnya Rai kembali ke arena Bollywood!

Action Replayy bukan kisah cinta biasa. Ianya tentang harapan. Harapan seorang anak yang mahu sebuah keluarga bahagia digambarkan dalam dunia yang cukup indah, Bombay zaman 70an. Bunty (Aditya Roy Kapur) malu untuk mengahwini cintanya Tanya kerana ibu bapanya yang porak poranda kerana perkahwinan paksa. Demi menyelamatkan ibu bapanya dari bercerai, dia akhirnya mencuri guna mesin masa milik Prof Anthony (bapa Tanya) dan kembali ke zaman sebelum ibu bapanya bertemu. Matlamat Bunty di 'masa lepas' itu adalah untuk membuatkan ayahnya, Kishen (Akshay Kumar) jatuh cinta dengan Mala (Aishwarya Rai) sebelum mereka dijodohkan tanpa cinta.

Kreatif. Klasik dan menarik. Itu kata kata yang dapat digambarkan untuk filem ini. Sinematografi yang meyakinkan. Gambaran Bombay nampak menarik dengan bantuan CGI. Muzik Pritam nampaknya tak kena dengan zamann namun masih menarik. Klasik 70an nampaknya moden dengan lagu. Mixing modern pop dengan elemen klasik membuatkan muzik Pritam menjadikan dunia 70an ini berjiwa luar biasa. Trek Zor Ka Jhatka energetik. Luk Chup Janaa pula bermelodi rancak dan menarik. Keseluruhannya, ianya sebuah filem romantik komedi fiksyen yang wajib tonton. Karakter Akshay Kumar berbeza giler.. apatah lagi apabila dia digandingkan dengan jelitawan Aishwarya Rai dalam satu zaman klasik.

No comments: