Followers

Wednesday, December 1, 2010

Housefull (2010)


Housefull mengisahkan Aarush (Akshay Kumar) seorang yang bernasib malang. Dia percaya nasibnya akan berubah jika dia berkahwin. Maka, berkahwinlah dia dgn seorang anak tauke kasino yang kaya. Malangnya, isterinya curang. Ditakdirkan pula pertemuannya dengan Sandy (Deepika Padukone). Kisah ini kemudiannya menjadi haru biru bila bapa rakannya, Batuk Patel (Boman Irani) yang mana telah ditipu Hetal (bini rakan Aarush) ingin datang bertemu dengan mereka. Hetal dan Bob yang menipu bahawa kehidupan mereka mewah kini terpaksa dibantu Aarush (yang tak pandai menipu) bersama Sandy mendapatkan banglow buat sementara. Kisah menjadi kucar kacir lagi dengan kehadiran Major Krishna Rao (Arjun Rampal), abang Sandy yang membuka sejarah lama bagi Aarush.

Keseluruhannya, filem ini nampak biasa. Kisah haru biru macam ni sudah lama ada dalam industri bollywood. Penciptaan karakter yang akhirnya digabungjalin dengan adegan yang komedi amat menarik. Cukup sekadar santai-santai dan tak perlu banyak fikir fikir. Housefull menjanjikan gelak tawa tanpa henti. Mesej juga ada tersirat. Segalanya nampak seperti kisah kucar kacir Priyadarshan, DE DANA DAN, HUNGAMA dan lain lain. Namun, filem ini juga menarik untuk disaksikan kerana babak-babak komedinya yang sukar dijangka.

3.5/5

No comments: