Followers
Wednesday, October 31, 2012
Joker (2012)
Filem ni gagal menyerlah di box office india. Memang dikatakan sebagai filem yang ‘disaster’ habis habisan. Pada aku, hampir sama. Tetapi aku masih melihat ada juga sisi sisi filem ini yang agak baik tetapi sebenarnya tidak ditangani dengan baik. Jelas dan terang, plot cerita ini sendiri sebenarnya tidak dibikin dengan teliti sehingga terjadinya plot hole yang berlambak. Sukar dijelaskan kenapa lampu boleh menyala bila kampung masih tak ada eletrik dan pelbagai lagi plothole yang menjadi tanda tanya.
Ini filem lakonan Akshay Kumar. Memang bintang ni dah berlakon filem dah lebih 100 filem. Dan filem ini,sekali lagi menampilkan muka yang dah aku rasakan jemu nak tonton. But nasib baik lakonannya tak pernah mengecewakan. Tetapi, gandingannya dengan Sonakshi Sinha nampak macam tidak menyerlah. Sekadar biasa biasa tak macam dalam Rowdy Rathore.
Walaupun sulaman efek visual nampak menarik, tetapi apa yang tak bestnya, terlalu banyak fantasi yang melebih lebih sehinggakan penonton muak. Tambahan plotnya yang agak besar dan juga tidak ditangani dengan baik juga faktor yang membuatkan Joker gagal. Namun, dari segi kreativiti lagu dan tarian, confom filem ni cute walaupun masih tidak boleh dikatakan antara tarian tarian terbaik yang dikoreograf Farah Khan.
Kisahnya amatlah pelik. Bermula dengan seorang orang inggeris yang tidak memetakan tempat tersebut disebabkan satu insiden, Panglapur menjadi tempat yang isolated dan tersembunyi di india. Tiada siapa pernah tahu tempat tersebut. Dekad berlalu, Agastya (Akshay Kumar) anak ketua kampung pulang ke kampung tersebut atas desakan bapanya. Agastya diminta untuk memulihkan kemiskinan kampung tersebut. Ideanya, buat crop circle dan cipta cerita kononnya ada alien di kampung tersebut.
Kritikan sinisnya yang jelas, filem ini memang nak cakap yang orang inggeris yang menjajah India memang penakut dan bodoh. Awal awal lagi digambarkan ketakutan pegawai British lah yang menyebabkan kampung tu hilang dalam peta india. Malah, watak jahat yang membenci Agastya (yang mana juga adalah orang Inggeris) digambarkan pandai nak mencari salah orang je. Malah, yang paling jelas adalah tindak tanduk kerajaan US dalam isu alien di Panglapur.
Joker mungkin tak fun sangatlah. Tak ada benda yang nak digelakkan sangat. Storynya nampak macam nak bagi orang ketawa, tetapi tak menjadi. Tetapi, kritikan itu, hah itu yang patut dilihat. Bukan banyak filem yang mengkritik direct apa yang orang putih buat kat negara dia. Joker memang tak menjadi, tetapi yes, ada rasanya sudut2 yang boleh lagi ditonton..
Trivia yang perlu korang tahu, berdasarkan sumber, lagu I Want Just You sebenarnya adalah bertajuk I Want Fakht You. Paham kot napa lirik tu ditukar menjadi 'just'. Walaupun 'fakht' bukanlah bermaksud 'fuck' kerana ianya diambil dari bahasa Marathi yang hanya bermaksud 'hanya kamu'.
3/5
Wednesday, October 24, 2012
Bol Bachchan (2012)
Nama Bol Bachchan ni bukanlah cerita pasal Amitabh Bachchan dan Abhishek Bachchan. Sebaliknya, filem ini adalah twist tajuk yang agak menarik dari penggunaan tajuk sebagai tarikan. Ni cerita kompani Ajay Devgan yang bukan menyentuh sikit pun pasal keluarga Bachchan. Apa yang korang bakal tonton adalah filem masala komedi yang hilarious dan memang gaya Bollywood. Dengan role Abhishek Bachchan yang memang kelakar giler, Bol Bachchan mmg awesome!
Percayalah cerita ini memang akan buat korang ketawa. Terpegun dengan konsepnya yang agak biasa dilihat dalam filem filem Bollywood lain tetapi masih lagi segar untuk memberikan komedi. Gaya arahan Rohit Shetty ni memang efisyen dan hebat. Walaupun sebenarnya plot Bol Bachchan menggunakan asas dari filem Golmaal, ceritanya dikembangkan dengan tidak hanya merujuk kepada filem asal. Pelbagai tokok tambah diberikan untuk kesegaran.
First half filem ini memang tak membosankan. Segala komedi yang diberikan sehingga Abbas Ali (Abhishek Bachchan) terpaksa menyamar menjadi Abhishek Bachchan selepas membuka pintu kuil lama memang amat hebat. Cerita kemudian berlegar tentang bagaimana Abbas Ali dan beberapa orang sahabatnya yang mana pelakon teater di kampung tersebut cuba untuk cover up supaya Pritviraj (Ajay Devgan) tidak tahu perkara sebenar. Masalah kemudian menjadi rumit dan besar.
Dari segi performance, kompetensi Abhishek Bachchan tidak usah dipertikaikan. Dua watak yang dipegangnya dalam filem ini tidak mendukacitakan. Walaupun klimax filem ini amatlah terlalu biasa walaupun agak big scale, ianya masih kurang memuaskan. Ajay Devgan tampil dengan gaya machonya yang mengulangi kejayaannya dalam Singam.
Mungkin bagi yang pernah menonton Singham, korang akan perasan yang beberapa visual filem ini sebenarnya adalah ulangan benda yang sama saja. Aksi yang anti-graviti, segala slow motion yang agak mengagumkan dan lagak Ajay Devgan memang ada aura Singham. Namun, ceritanya jauh berbeza. Dengan arahan pengarah yang sama, memanglah tak dapat dinafikan idea dari filem box office tersebut meresap ke dalam filem ini.
Cerita cover mengcover antara satu sama lain, insiden yang melucukan, serta situasi yang agak komikal adalah elemen penting Bol Bachchan. Tonton dengan membuang reality kerana persembahan Bol Bachchan adalah seperti komik yang bergerak. Lawaknya, dan gayanya cukup untuk membuatkan kita ketawa. Bol Bachchan mungkin agak panjang durasinya tetapi it still worth to watch it.
4/5
That Girl in Yellow Boots (2011)
Filem ni bukan sebarangan filem. Ditayangkan di Toronto International Film Festival dan kemudiannya Venice Film Festival, file mini mmg karya Anurag Kashyap yang agak thrill tetapi mengikut acuan filem experimental India. Jangan bandingkan filem ini dengan filem filem mainstream Bollywood sebab bagi aku, those yang mmg mainstream Bollywood punya followers pasti akan bosan dengan cerita ni. Filem ni lebih ke arah yang tersirat dari tersurat.
Dibintangi Kalki Koechlin yang memang cutest sangat sangatlah sebab gigi arnab dia tu. Dan juga wajah mix dia yang mmg outlandish, filem ni bergerak seperti diari. Ianya mengikut kisah gadis yang memakai Yellow boots, iaitu Ruth (Kalki Koechlin) yang datang ke India untuk quest mencari bapa dia yang tak tahu hilangnya. Untuk survival, dia bekerja di rumah urut. Di situ, dia kenal pelbagai jenis manusia dan sempat pulak kapel ngan mamat drug addict. Kisah berlegar tentang kisah hidupnya dan tujuan utamanya, mencari bapanya.
Erk, for those yang bawah 18, dinasihatkan janganlah tonton cerita ini. Terlalu banyak F-word digunakan dalam filem ini dengan tujuan untuk memberikan reality, amarah dan juga penekanan terhadap masalah yang dihadapi. Malah, dengan setting rumah urut, penonton sendiri sudah dapat mengagak apa yang bakal disajikan walaupun ianya tak lah seteruk mana. Dengan perkataan perkataan yang agak kasar dan juga words yang menjurus kepada seks, mmg filem ini terarah untuk penonton dewasa.
Filem ini menggunakan banyak bahasa Inggeris, dan naratifnya pun bukanlah seperti filem biasa Bollywood. Dalam genre yang tersendiri, That Girl In Yellow Boots nampaknya boleh tahan. Dengan kehadiran Naseeruddin Shah, filem ni menambah lagi international value untuk filem ini. Kebanyakan lakonan nampak realistik dan semestinya Kalki Koechlin, yang mana bertindak sebagai co-writer filem ini antara yang wajib dipuji lakonannya.
Tersiratnya, filem ini menyingkap isu sumbang mahram dan nafsu jelik lelaki yang sanggup berkahwin dengan seorang perempuan untuk merogol anak perempuan tersebut. Filem ini antara contoh filem independent dan experimental yang berjaya. Karya Anurag Kashyap yang ini dan yang terdahulu lebih menekankan literature yang tersirat. Bukanlah menggunakan pelakon yang besar, tetapi sebenarnya That Girl In Yellow Boots terletak pada plot dan twist yang powerful dan juga setting yang agak realistic.
4/5
Tuesday, October 23, 2012
Thursday, October 18, 2012
Ek Tha Tiger (2012)
Salman Khan menunjukkan kehebatannya sekali lagi dalam filem hindi ini. Ek Tha Tiger memang sebuah filem yang mempunyai sisi sisi yang agak lari dari norma filem Bollywood. Pertama dan jelasnya, semestinya jika anda perasan, koreografi aksi filem ini lebih tersusun dan lebih mengekalkan logika. Itu yang agak menarik tentang filem ini dari sudut aksinya. Jujurnya, koreografi aksi filem ini mirip siri Bourne yang ada di Hollywood. Paling best, scene Tiger hentikan train kat tengah tengah bandar dan pertarungan cota yang agak martial art style gitu!
Nak cerita pasal lakonan Salman dan Katrina Kaif, tak payah nak cakaplah. Rasanya persembahan mereka memang agak baik. Salman pun, agak baik dan lari dari cliché yang dia selalu lakukan. Sebenarnya, lakonannya dibantu oleh skrip dan juga elemen romantika campur ala ala filem spy yang digarap dengan baik. First part of the film pun nampak tidak membosankan. Begitu juga dengan second part of the film yang memang padat dengan aksi.
Lagu dalam filem ni agak internasional. Lapata dan juga Banjara adalah dua trek yang agak menarik untuk didengar. Aku juga agak seronok mendengar background skor filem ini yang cukup catchy dan juga hebat. Muzik skornya tidak membosankan dan menambah lagi aksi filem ini.Dengan latar belakang luar negara yang agak menarik dalam visual, Ek Tha Tiger nampak sempurna pada garapan visualnya.
Ek Tha Tiger sebenarnya berkisar tentang tersiratnya, bagaimana dua negara boleh bersatu (Pakistan dan India) dalam menangkap Tiger (Salman Khan) dan juga Zora (Katrina Kaif). Dalam ayat lebih mudah, cinta sesama manusia menyebabkan dua negara bersatu. Cerita ini sebenarnya adalah cerita percintaan yang agak baru. Cerita bagaimana dua spy dari dua negara yang bermusuhan jatuh cinta antara satu sama lain dalam satu misi. Dek hal itu, dua spy ini kena lari dan sembunyikan diri apabila negara mereka sendiri memburu mereka.
Ek Tha Tiger memang sebuah filem Salman Khan dari tulisan Aditya Chopra yang agak hebat. Ingat, ianya Hindi pada dialog tetapi tidak pada filemnya. Ianya internasional. Seolah olah korang melihat sebuah filem Hollywood dalam Bollywood. Walaupun ciri ciri Bollywood itu ada dan dikekalkan, ianya melambangkan Salman Khan masih mampu bertahan dalam barisan pelakon lama yang kini ramai dah tenggelam dan bekerja di belakang tabir.
4/5
Subscribe to:
Posts (Atom)