Followers

Saturday, July 24, 2010

City Of Gold (2010)


Menyaksikan City of Gold umpama mengimbas kembali dunia Mumbai beberapa dekad lalu. Ianya terlalu realistik dan penuh keganasan. City Of Gold adalah sebuah filem realiti buah tangan Mahesh Manjrekar dan ianya adalah hasil yang penuh satira, perjuangan dan kehidupan masyarakat India yang sebenar. Pengalaman menonton filem ini amat mengejutkan dan sungguh menarik untuk dijongsi.
City Of Gold. Mendengar pada namanya yang hampir sama dengan City Of God (sebuah filem Afrika), dua filem ini mempunyai agenda yang sama iaitu membongkar dunia realiti masyarakat negara itu sendiri. Malah, dua filem ini, walaupun dari berlainan persepsi dan budaya, ianya adalah sesuai dengan realiti. Tidak seperti filem Bollywood lain yang penuh dengan kemewahan, filem ini membongkar kisah situasi pekerja kilang pada zaman masalahnya sekitar 80an.

Melingkari kisah masalah kesatuan pekerja kilang yang menghadapi masalah apabila tanah kilang meraka mahu dibangunkan, kisah ini memfokus kepada sebuah famili yang penuh dengan karakter yang pelbagai. Masalah yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga ini, digambarkan satu persatu dan membawa kepada pelbagai masalah yang akan diselesaikan dalam filem ini.
Pelbagai isu diselongkar dalam filem ini. Dari isu politik kotor sehinggakan maslah keluarga dan juga kehidupan, City Of Gold umpama satu filem yang mencantumkan semua masalah kehidupan dalam masa 2 jam tayangan. Gaya penceritaan amat menarik kerana semuanya berdasarkan realiti. Jangan mengharapkan pelakon yang popular di sini kerana City Of Gold tidak memberikan itu. Ianya memberikan anda satu pandangan pemikiran tentang dunia pembangunan Mumbai yang penuh dengan masalah.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/city-of-gold-2010-dvdrip-hindi.html

Sunday, July 11, 2010

Prince (2010)

Aksi hebat dan trailer promo yang cukup mantap adalah kenapa Prince menjadi satu filem tontonan hari ini. Selain mengetahui ianya adalah dari penerbit Race yang pernah hit suatu ketika dahulu, tarikan Vivek Oberoi dan visual memukau juga adalah perkara yang menarik untuk disaksikan dalam filem ini. Maka, boleh aku katakan Prince merupakan sebuah thriller penuh misteri melalui gabung jalin cerita yang cukup menarik.

Dahulu, John Woo pernah mempamerkan tema 'memory lost' melalui karakter dalam Paycheck lakonan Uma Thurman dan Ben Affleck. Bukan itu saja, sejak lamanya lagi sudah banyak filem yang menggunakan premis 'memory lost' untuk memberikan impak misteri kepada filem tersebut. Dan ternyata, ianya juga menarik minat Bollywood untuk menggunakan premis yang sama dalam Prince.
Ditulis oleh penulis Race, Prince punyai kerangka cerita yang mirip Race. Dalam setiap babak, akan ada twist yang memutar belit keadaan sehinggakan point-point menjadi kelam kabut. Namun, itu adalah objektif lakaran cerita ini, mungkin.

Prince berkisar tentang sorang 'international thief', Prince yang melakukan rompakan terbesarnya di 3 tempat berbeza dan mendapati dirinya menghadapi 'memory lost'. Sedikit demi sedikit identitinya diperoleh semula dan masalahnya, beberapa agensi sedan memburunya kerana sesuatu perkara yang dia telah lakukan. Dalam masa 4 hari, Prince perlu mengambil kembali memorinya untuk memperbetulkan keadaan.
Filem ini mirip Paycheck. Namun, gayanya persembahannya lebih jauh dari itu. Penceritaan yang penuh twist dan antagonis cliche bollywood membuatkan filem ini nampak indian tetapi penuh style. Jujurnya, filem ini seperti mahu menguji daya saing filem Bollywood dalam penggunaan imej CGI dalam filem mereka. Sebelum ini, India sudah menggunakan CGI dalam Love Story 2010, namun tidak berjaya.

Muzik ciptaan Sachin Gupta nampak sesuai dengan filem hi tech ni. Tak banyak komen walaupun tak ada lagu yang menarik pada aku. Keseluruhannya, penampilan Vivek Oberoi sebagai Prince cukup meyakinkan. Gaya badannya dan juga dialognya meyakinkan. Watak Prince memang sesuai untuknya. Prince sesuai untuk penggemar filem aksi Bollywood. Mungkin Prince nampak overdose, namun itulah Bollywood.
Kesimpulannya, Prince mengulang kejayaan Race. Aksi cemas, twist belambak menjadikan Prince sebuah filem menarik. Namun, beberapa babak yang nampak unlogik mungkin berjaya diselindung dengan cinematografi yang baik.

4.5/5

Saturday, July 10, 2010

Kites (2010)

Wow.. itulah yang aku dapat katakan daripada pengalaman menonton filem keluaran FilmKraft Production ini. Jika dahulunya, Krrish dan Koi... Mil Gaya menjadi pertaruhan, Kites adalah satu formula terbaik buat FilmKraft menjana keuntungan. Menjangkakan Kites filem picisan bollywood, tanggapan itu dilesetkan dengan sekelip mata apabila filem itu bermula dengan penuh energy yang sukar dijumpai dalam filem Bollywood. Ianya bukan satu filem cinta biasa walaupun cinta adalah tema biasa di Bollywood. Rakesh Roshan, selaku penerbit menghabiskan jutaan kerana satu matlamat, keuntungan Kites yang berganda. Dan.. aku tahu, memang berbaloi membina sebuah cerita sebegini.

Diterajui Anurag Basu, seorang pengarah yang dikenali sebab arahannya dalam Murder (Mallika Sherawat) dan Life In A Metro, Kites pada aku adalah hasil kerja terbaiknya setakat ini. Emosi digarap mantap can cukup untuk memancing emosi penonton menghayati watak yang direka. Memang filem ini cukup internasional di tangan Anurag Basu. Idea kreatif Rakesh Roshan ini digarap kemas dalam membawa filem ini ke mata dunia. Mungkinkah Kites cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Bollywood sudah maju?
Jay (Hrithik Roshan) seorang India yang menjalankan kerja kotor di Las Vegas. Antara kerja itu adalah membantu wanita asing mendapatkan kewarganegaraan dengan kahwin kontrak. Antara 11 wanita, hatinya tertarik kepada Natasha (Barbara Mori), seorang warganegara Mexico. Tiada cinta saat kahwin kontrak itu, namun semuanya disedari Jay saat dia tahu bahawa Natasha akan mengahwini Tony Grover (Nicholas Brown), seorang anak tauke kasino. Pada masa ini, Jay juga sudah bersama Gina Grover (Kangana Ranaut), adik kepada Tony Grover. Namun, perasaan tidak dapat dikawal. Jay tidak dapat menahan cintanya kepada Natasha. Maka, pada satu malam, apabila Tony tahu bahawa kekasih adiknya itu ada hati terhadap tunangnya, sebuah permainan cat and mouse bermula. Semua hanya kerana satu perkara, cinta yang diibaratkan seperti layang-layang. Sentiasa bersama walau apa pun keadaan.

Formula Kites nampak seperti proses refresh filem-filem seperti Koyla (Shah Rukh Khan dan Manisha Koirala) dan juga Tony Scott's Revenge. Namun, aku yakin bahawa ianya idea baru yang cuma menggunakan beberapa point sekadar membantu idea untuk berjalan dengan baik. Jika Krrish hanyalah superhero penuh dengan fiksyen, Koi.. Mil Gaya hanyalah sang budak terencat bersama E.T, Kites adalah lebih dari itu. Persoalan cinta dan kehidupan yang cukup berat diolah menjadikan Kites sebuah filem penuh emosi dan aksi. Namun, keseluruhannya Kites adalah filem paling baik dari Rakesh Roshan (sebagai penerbit), Anurag Basu (sebagai pengarah) dan Hrithik Roshan (sebagai pelakon).
Babak-babak aksi Kites antara yang terbaik dari Bollywood. Babak kejar mengejar di lebuh raya Texas dan juga adegan akhir antara yang menarik perhatian. Membandingkan filem ini dengan Blue karya Antony De Souza, Kites punya babak aksi intensiti tinggi yang digarap penuh cemas dan teliti. Walaupun ada satu babak mirip satu adegan Bad Boys 2 (filem Michael Bay), Anurag basu cuba mencari kelainan dengan mengolah adegan ini dengan beberapa aksi baru. Secara keseluruhannya, babak aksi Kites cukup cemas dan menarik. Antara adegan menarik perhatian adalah adegan tembak menembak dalam bar, dan adegan akhir.

Rajesh Roshan sebagai pengarah muzik memberikan muzik impak maksima kepada filem ini. Muzik score setaraf orkestra Hollywood memberikan emosi kepada semua adegan emosi mahupun aksi dalam filem ini. Walaupun tiada nyanyian dan dan tarian seperti filem Bollywood biasa, Kites mampu memberikan music score tahap tinggi kepada penonton.
Babak aksi garapan Shyam Kaushal, sinematografi Ayananka Bose adalah top notch. Terbaik!. Keseluruhannya, Hrithik Roshan ada style dan emosi, seperti filem dahulunya (Krrish, Koi... Mil Gaya dan Kaho Na Pyaar Hai). Barbara Mori juga baik. Kangana Ranaut sebagai guest appearance juga berjaya mempamerkan emosinya. Kabir Bedi juga sama. Keseluruhannya, dari major karakter sehingga minor karakter, semuanya digarap kemas untuk menjadikannya sebuah filem Bollywood bertaraf internasional.

Jujurnya, Kites sebuah filem emosi berat yang cukup baik. Seolah-olah menyaksikan filem Hollywood dalam bahasa Hindi, itulah gambarannya. Kites mampu memberikan anda tiga perkara. Satu, emosi yang cukup menyentap. Dua, aksi kejar mengejar yang hebat. Dan tiga, pelakon yang hensem dan cantik.

4.7/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/07/kites-2010-dvdrip-hindi.html

Thursday, July 8, 2010

Accident On Hill Road (2009)

Celine Jaitly, wah.. lama sungguh tak melihatnya dalam filem. Rasanya Accident On Hill Road mengembalikan dia sebagai seorang pelakon, bukan lagi seorang model yang selalu pose seksi. Menyaksikan Accident On Hill Road adalah suatu pengalaman thriller yang cukup best. Filem yang sederhana garapannya, namun dipenuhi suspens yang cukup kuat sehinggakan kelibat plot tidak dapat dijangka pergerakannya.
Mungkin ada yang tidak tahu, Stuck (2007) adalah filem asal yang menginspirasikan Accident On Hill Road. Mahesh Nair mungkin teruja dengan kejayaan Stuck yang meraih beberapa anugerah kerana diinspirasikan dari kisah benar seorang pemandu yang melanggar seorang pejalan kaki dan biarkannya mati tersepit di cermin hadapan kereta. Stuck membawa kisah ini ke Hollywood dan Accident On Hill Road membawa tragedi ini ke Bollywood.

Kisah menceritakan tentang perihal Sonam (Celina Jaitly) yang mendapat visa ke luar negara. Malam terakhir dia bekerja di hospital disambut dengan parti dihadiri rakannya dan boyfriendnya. Dalam keadaan mabuk pulang ke rumah berseorangan, Sonam terlanggar seorang pejalan kaki dan kini, mangsa tersepit di cermin keretanya. Dalam kekalutan, Sonam memandu keretanya dengan mangsa tersepit itu ke rumah dan menyimpan kereta di garaj. Masalahnya kini, Sonam terlibat dalam satu kemalangan. Perlukah dia membantu? Atau perlu dia bunuh saja supaya semua kes ini tidak panjang? Semua berlegar di sepanjang 1 jam 30 minit filem ni.
Plot digarap kemas. Saat mula cerita, kita akan kenali perwatakan plastik Sonam yang ramah sebagai sorang nurse. Namun, semakin lama ke dalam filem, kita akan menerokai suatu kebenaran tentang karakternya. Semuanya menarik untuk disaksikan. Gabung jalin beberapa minor karakter yang mengacau bilau keadaan mencemaskan keadaan.

Filem ini cukup thrillernya. Gaya penceritaan memang meyakinkan dan memang mendebarkan. Setiap perwatakan Sonam nampak boleh mengguatkan penceritaan filem ni. Tidak ada lagu yang menarik, hanya jalan cerita yang nampak cemas berlaku sekitar kejadian ini. Ending yang tidak dapat dijangka menjadikan Accident On Hill Road sesuai buat peminat thriller Bollywood.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/02/accident-on-hill-road-2009-hindi-dvdrip.html

Wednesday, July 7, 2010

De Dana Dan (2009)

Ni antara filem pelik yang aku tengok. Memang tak tahan jugak mata bila apa satu pun aku x dapat tangkap awal mula tonton filem ini. Sekadar mengetahui ianya buah tangan Priyadarshan yang pernah keluarkan Billu Barber, aku tertarik hendak menonton filem ini. Malangnya masa terlalu panjang dan disebabkn hal-hal lain, ianya ambil masa berhari2 untuk aku habiskan menonton.
De Dana Dan mungkin seumpamanya di India. Mungkin juga temanya bukan yang pertama. Gaya penceritaan yang 'memerangkap' berpuluh-puluh aktor dan aktres dalam sebuah hotel terkemuka di Singapura bukan perkara yang selalu dilihat. Maka, De Dana Dan adalah fresh dan Priyadarshan dengan gaya masalanya mencampurkan semua masalah menjadikan De Dana Dan filem haru biru yang penuh komedi.

Nitin (Akshay Kumar) adalah kuli kepada sorang ahli korporat (Archana Puran Singh). Ditakdirkan dia ini punyai kekasih yang kaya, Anjali (Katrina Kaif) yang selalu support dari segala aspek. Rakannya, Ram (Suniel Shetty) juga miskin sepertinya dan punya kekasih hati kaya, Manpreet (Sameera Reddy). Masalah cinta Manpreet dan Ram adalah halangan ibu bapa. Masalah Nitin pula adalah kewangan. Dua rakan ini merancang menculik anak anjing tuan rumah tempat Nitin bekerja dan mengugut untuk sejumlah wang. Masalahnya, semua jadi haru biru apabila plan mereka tidak menjadi.
Plot utama diselangseli dengan kisah ketamakan Harbans (Paresh Rawal) yang diburu seorang polis. Ianya bukan subplot serius. Ianya komedi yang biasa dilihat namun nampak fresh. Harbans merancang untuk kahwinkan anaknya (Chunky Pandey) dengan siapa saja yang sanggup bagi dowri yang besar. Maka, keluarga Manpreet pula bersetuju. Di sebuah hotel terkemuka di Singapura, semua kekalutan berlaku.

Makanya, kalau nak faham lagi, kena la tengok. De Dana Dan memang bercelaru. Namun, apa yang speselnya adalah pembinaan babak yang penuh dengan adegan yang tidak disangka. Elemen kejutan apabila karakter tak berkait masuk campur dalam satu insiden juga mencuri perhatian. Dalam durasi hampir 3 jam, Priyadarshan mereka pelbagai jenis minor karakter. Setiap minor karakter membantu namun pada masa yang sama menyukarkan penonton mengingati jalan cerita. Tetapi, De Dana Dan masih boleh difahami walaupun kadangkala tertinggal satu dia babak.
Pritam nampaknya tidak sekali lagi menghasilkan lagu mirip Billu Barber. Mungkin ini sebabnya Proyadarshan menarik kembali Pritam untuk filem kali ini. Lagu Baamulaiza mencuri perhatian aku. Dengan video yang ckup warna warni, Baamulaiza satu trek yang mengasyikkan. Gale Lagja juga trek yang berbeza dengan tempo sederhana. Dialun dengan elemen R&B, Gale Lagja dihiasi lakonan Akshay Kumar dan Katrina Kaif yang seksi. Trek yang soft pada awal filem, Rasste Naste memang mengasyikkan.
Keseluruhannya, penampilan Akshay Kumar, Suniel Shetty, dan Katrina Kaif amat semenjadi. Sameera sederhana. Semuanya hanya bergantung kepada dialog yang cukup komedi sehinggakan aku rasa ekpresi muka bukan satu perkara yang penting dalam filem ni. Namun, semuanya berjaya menjadikan filem ini sebuah filem yang unik. Ton suara yang selalu meninggi dan penuh jeritan sana sini memang perkara biasa dalam filem ni, so jangan terkejut dan tersentak dengan gaya itu.

Apa pun, Priyadarshan adalah filem santai. Namun, tonton la sikit-sikit. Filem ini akan jadi boring kalai mengadapnya selama 3 jam sekaligus.

2.7/5

Thursday, July 1, 2010

Raat Gayi, Baat Gayi? (2009)

Raat gayi, baat gayi sebuah filem yang mungkin buatkan penonton menguap. Aku yakin. Jiwa filem ini bukan seperti filem biasa. Walaupun filem ini nampak simple, namun ianya punya motif yang cukup berat dan penuh dengan mesej. Menonton filem ini membuatkan aku juga menguap beberapa kali. Beberapa stesen rehat aku berhenti sebelum aku berjaya habiskan menonton filem ini.
Temanya mungkin sesuai untuk orang dewasa. Ternyata skopnya mature dan perlukan pemikiran dewasa untuk menonton filem ini. Kisah hubungan curang antara pasangan berkahwin adalah sesuatu yang menarik ditonjolkan dalam filem ini. Berkisar tentang satu malam party, kisah bergerak diantara 3 otang lelaki yang memberikan konflik kepada jalan cerita.
Rahul (Rajat Kapur) bertemu dengan Sophia (Neha Dhupia) dan secara diam2 telah curang dengan isterinya. Namun, disebabkan mabuk terlampau, maka dia tak ingat apa yang berlaku pada malam parti bersama Sophia. Rahul hadapi masalah apabila Mitali sudah bad mood apabila dia sedar sesuatu tentang perangai Rahul pada malam parti. Dengan pertolongan rakannya Saxena dan Amit, yang juga ada masalah rumahtangga, mereka perlu selesaikan teka teki... apa yang berlaku pada malam parti antara Rahul dan Sophia?
Lagu ending terbaik. Itu saja part yang cukup menarik minat aku. Video klip digarap kemas dan muziknya begitu catchy.

Neha Dhupia seksi. Lakonannya selamba dan biasa. Tiada babak2 emosi yang berat baginya. Namun, penyampaian agak sampai pada penonton. Rajat Kapur juga baik. Keseluruhan, lakonan nampak real.

Keseluruhan, filem ini tak menjadi. Bye2...
2/5