Followers

Monday, December 27, 2010

Hisss (2010)


Pertama, filem ini buat penonton yang mahu melihat Mallika Sherawat bogel sepenuhnya. Kedua, filem ini buat penonton yang pernah menonton filem klasik Nagin (ditayang sekitar zaman 70an - era Bobby rasanya) . Kedua lagi, bagi yang mahu menyaksikan punggung Mallika tanpa seurat benang, filem ini juga untuk anda. Ketiga, jangan tonton kalau nak mengharapkan ular yang serealistik filem Hollywood. Ketiga juga lagi, jangan tonton kalau anda tidak boleh terima keadaan ular yang memang betul2 nampak macam paip getah yang dimake-up. Keempat, mesti tonton sebab ianya sungguh berdarah, merah dengan keganasan dan penuh darah (lagi sekali) dan darah (sekali lagi) dan dendam (baru sekali). Last sekali, filem ini dari pengarah orang puteyh yang mahu buat filem Bolly.

Mallika Sherawat selepas keseksiannya yang diketahui ramai, kini memegang karakter Tuhan Ular. Sebuah mitos Hindu yang rasanya semua orang tahu. Hisss mengisahkan seorang lelaki yang menghidap kanser, George (Jeff Doucette) yang menangkap ular jantan semasa sedang mengawan. Si ular betina (Malika Sherawat) akhirnya bertukar menjadi manusia dan mencari si jantan yang ditangkap tadi. Mitos mengatakan bahawa ular betina akan melepaskan azimat yang boleh membuatkan George kebal dan tak mati (sebab kenapa George tangkap ular jantan) apabila mereka berdua bertemu semula. Dalam perjalanan, dia yang mana jelmaan Dewa Ular membunuh manusia jahat tanpa belas kasihan. Vikram (Irfan Khan) menyiasat kes kematian misteri ini dan bakal bertemu sesuatu yang luar biasa.

Cut the crap! Ini filem lagenda ular banyak longgar. Persoalan yang timbul, daripada mana Geoge mendapat tahu hal kesaktian ular betina sehingga sanggup menangkap ular jantan untuk dijadikan umpan? Doesn’t make any sense apabila orang puteh dimasukkan sebagai karakter. Apatah lagi dialognya didubbingkan sehingga hilang keaslian. Namun, i like this film. Walaupun ceritanya mengarut dan nampak terlalu over dari segi kelucahan Malika Sherawat, Hisss penuh kengerian yang luar biasa.

Kesimpulannya, ular getah memang digunakan dalam filem ini. Itu memang dah diberitahu pada awal filem ini. Namun, Hisss ada babak yang meyakinkan dan boleh bermain dengan emosi. Aku suka babak bila Snake Woman kejar snake charmer semasa menonton di panggung. Ada reality di situ (ditunjukkan seorang budak kecil sedang berak dan Vikram melangkah dan terpijak tahinya di dalam longkang). Emosi Malika Sherawat nampaknya berjaya. Walaupun karakternya bisu, ianya menjadi. Malang sungguh visual effectnya tahap B. Tapi, satu permulaan buat Bollywood. Budak budak bawah 18, fikirkan dua tiga kali sebelum menonton!

Sunday, December 26, 2010

Break Ke Baad (2010)


Break Ke Baad (jangkaan aku) akan sama kualitinya dengan I Hate Luv Storys. Meyakini lakonan Imran Khan bakal memecah senyuman sepanjang tontonan, aku tonton filem ini dengan tenang. Menarik. Ya, gandingan Imran Khan kali ini, Deepika Padukone, satu chemistry! Yea. Aku suka gandingan mereka. Deepika Padukone looks so real. Wataknya selamba. Tambah pula dengan Imran Khan yang so cute (for pompuanlah!) dan lakonannya yang memanglah berbeza sbg hero. Jangkaan Break Ke Baad sebagai satu lagi I Hate Luv Storys nampaknya jauh meleset.

Idea asas Break Ke Baad mengisahkan tentang dua insan. Abhay (Imran Khan) dan Aaliya (Deepika Padukone) adalah dua sahabat sejak kecil. Membesar sebagai sahabat karib, persahabatn mereka bertukar menjadi percintaan. Aaliya bercita-cita mahu menjadi aktress. Abhay pula, buntu tentang impiannya sendiri. Sampai satu masa, Aaliya akhirnya melanjutkan pelajaran ke Australia. Dua insan tak pernah berenggang ini akhirnya terpaksa berpisah kerana mengejar impian. Di Australia, Aaliya mula rasa pengalaman pertama tanpa Abhay. Indah! Bebas lakukan apa saja. Namun, Abhay mula merasa cintanya menjadi makin dalam. Kisah seterusnya berkisar tentang kehidupan mereka dan masalah yang melanda sepanjang perhubungan.

Malang sungguh apabila hasilnya sederhana. Sudahla muzik Vishal-Shekar sederhana jugak. Tak ada pun satu trek yang menarik. Tapi, thumb up untuk video yang amat menarik. Banyak babak ditangani dengan berjaya. Semestinya dengan pelakon kacak dan cantik, Break Ke Baad mampu menarik peminat dua pelakon ini ke wayang. Malah, bagi yang mengikuti I Hate Luv Storys dan Anjaana Anjaani, filem ini mungkin untuk anda. Filem terbitan pengarah Kunal Kohli (pengarah filem Fanaa - Kajol & Aamir Khan) nampaknya terlalu simple dan cuba dipanjangkan sehingga membentuk satu plot zig zag yang entah ape ape entah.

3/5

Saturday, December 25, 2010

Kajraare (2010)


Himesh Reshammiya punya lakonan cukup mendukacitakan. Entah kenapa orang filem yang tahu perihal lakonan ini masih ambil dia untuk belakon. Cukuplah sekadar menjadi composer yang menghasilkan lagu untuk filem, Himesh Reshammiya tak layak jadi pelakon. Pernah menonton Karzzz yang mana dirinya digandingkan dengan Urmila Matondkar, sungguh mendukacitakan walaupun itu bukan filem pertamanya. Berkesempatan menonton Kajraareyang rasanya mungkin boleh mengubah persepsi terhadap lakonannya apabila digandingkan dengan Mona Laizza.

Rajeev (Himesh Reshammiya) mengembara ke Dubai atas arahan seorang anggota polis kerana diburu oleh kumpulan terrorist. Dalam pelarian, dia bertemu dengan Nargis (Mona Laizza) yang mana seorang pelacur. Kisah akhirnya berkisar halangan percintaan (sebab Nargis masih ada mak ayam yang tak benarkannya stop melacur) dan bagaimana Rajeev cuba menyembunyikan identitinya.

Sekali lagi, boleh lah! Kiranya walaupun menghampakan juga lakonannya, Kajraare taklah teruk sangat. Karakter sebagai Rocky a.k.a Rajeev nampaknya tidak mendukacitakan. Ada juga beberapa babak emosi yang berjaya ditangani dengan berjaya. Mona Laizza, wow sungguh cantik (giler cun!). Keseluruhannya, plot cerita sederhana dan boleh dijangka. Lagunya (juga ciptaan Himesh Reshammiya) amat mengecewakan. Sudahlah! Aduh! Pening kepala.. Tak payah tonton pun xpe!

2/5

Monday, December 20, 2010

Milenge Milenge (2010)


Sekali lagi Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor bergandingan selepas Jab We Met (rasanya tu filem last diorng kan?). Kali ini, kisahnya mengenai Priya (Kareena Kapoor) yang tak pernah mencintai. Kisah tukang tilik ni dah dua kali aku tonton. Idea untuk menggabungkan konsep takdir dengan kisah cinta nampaknya menarik. Aku suka konsep ini apabila ada adegan yang sukar dijangka yang boleh membawa kepada pergerakan filem. Inilah Milenge Milenge, sebuah karya yang biasa saja, tetapi menarik untuk ditonton.

Atas tilikan seorang tukang tilik, Priya bakal bertemu jodoh dengan seseorang di Bangkok. Benar! Priya bertemu Immy (Shahid Kapoor). Namun, rahsia terbongkar apabila Priya mendapati Immy menyimpan fotokopi diari Priya. Dia cuma mau permainkan Priya!. Lama kelamaan, Immy punya hati mula berubah daaa.. Priya yang ‘jual mahal’ (walaupun dia boleh maafkan Immy) akhirnya minta Immy tulis no fon dan namanya atas sekeping wang kertas. Jika wang kertas itu kembali padanya suatu hari nanti, Priya akan menjadi milik Immy. Seterusnya, kisah berganjak 3 tahun kemudian. Berjayakah cinta mereka?

Awal-awal tengok, macam tak ada pape spesel pun tentang filem ni. Milenge Milenge lakonan Kareena dengan Shahid ini tak ada x-faktor. Walaupun ada idea yang menarik, tetapi nampak kurang sangat. Lagu Himesh Reshammiya taklah terlalu moden. Bagi aku, ianya sekadar isi tempat kosong jer. Tak ada pun lagu yang betul betul menusuk kalbu. Malas nak tonton pada awalnya, last2 tonton jugak. Overal ok la. Milenge Milenge biasa dan sederhana. Plotnya mengingatkan aku kepada Kismat Konnection dan Khushi (Kareena dan Fardeen Khan). Tetapi, layan jugak lah ceritanya. Menarik juga sesetengah babak. Namun, semestinya para penonton dapat mengagak ending cerita ini kerana formula biasa yang digunakan. Tak ada yang menarik, cliché tetapi sesuai untuk penggemar filem Bollywood dengan formula lama.

2/5

Saturday, December 18, 2010

Golmaal 3 (2010)


Menjadi filem trilogy seumpamanya di Bollywood adalah kebanggaan Golmaal. Sejak 2006, filem pertama Golmaal ditayangkan sehingga ke Golmaal Returns, sekuel kedua terbitan tahun 2008, filem ini memang tak habis kelakarnya. Walaupun hanya pelakonnya sama dan ceritanya berbeza beza dan tiada kesinambungan pun dalam setiap sekuel, ianya masih berjaya menarik penonton untuk bergelak ketawa. Sebab itu mungkin, kembalinya Golmaal 3 sebagai pelengkap trilogy untuk memeriahkan lagi koleksi filem masala yang menarik ini.

Kali ini, kisahnya berkisar tentang dua keluarga. Anak kepada Geeta/Guddi (Ratna Pathak Shah) iaitu Gopal (Ajay Devgan) dan Laxman (Shreyas Talpade) terpaksa menerima kehadiran bapa baru apabila Daboo (Kareena Kapoor) menemukan kembali ibu mereka dengan kekasih lama, Pritam (Mithun Chakraborthy). Gopal dan Laxman kini terpaksa hidup bersama dengan orang yang mereka selalu cari gaduh (anak Pritam) iaitu Madhav (Arshad warsi), Lucky (Tushar) dan Laxman (Khemu). Apa yang berlaku seterusnya adalah kisah buli membuli antara anak anak mereka. Kisah bertambah chaos apabila Puppy (Johnny Lever), si perompak yang selalu short term memory loss telah menyembunyikan rantai yang dicurinya dalam beg pakaian Pritam. Pritam juga, pada masa yang sama terpaksa menghadapi masalah apabila dia tidak dapat menyelesaikan hutang rumahnya.

Kisah biasa. Memang nampak gaya filemnya seperti filem Priyadarshan (yang selalu kumpul semua karakter untuk membentuk babak klimaks).Seperti kisah komedi yang dulu dulu (zaman 90an), itulah yang dapat digambarkan. Komedinya digerakkan melalu insiden tidak sengaja yang berlaku. Ada juga lawak yang menggunakan dialog, tetapi sukar difahami kadangkala. Namun, suka sangat idea pertemuan karakter yang berlaku secara tidak sengaja. Rupanya, idea sebegitu masih digunakan. Susah benar mau cari idea sebegini dalam filem Bollywood sekarang.

Fasa pertama filem ini menarik. Rancak. Namun, bila sampai bahagian intermission, filem jadi lewah, lemah dan lambat capai klimax. Kadangkala segalanya jadi lemah, dan tak menarik. Adegan ending nampaknya tidak dibikin dengan kemas. Namun, bolehlah! Inilah akibatnya kalau filem terlalu panjang. Dari aspek muzik, aku menyukai remake lagu Disco Dancer. Memang mengembalikan memori filem Mithun tu lah! Lagu lain biasa saja. Trek pertama, saja yang berbisa apabila ditambah gaya dan video klip yang memukau.

Karakter yang paling digemari semestinya watak Lucky sebagai si bisu. Rasanya, itulah karakter yang boleh menjadikan filem ini meletop sehingga mampu membentuk trilogy. Ajay Devgan biasa biasa sahaja. Kareena pun biasa biasa. Mithun dalam filem komedi, nampaknya era mudanya sudah kembali. Wow, gandingan pelakon yang mantap menjadikan filem ini memang tak kering gusilah bila tonton. Keseluruhannya, Golmaal sederhana. Dua bahagian yang tidak seimbang mungkin tidak berjaya menarik penonton yang begitu skeptikal dengan Bollywood!

Thursday, December 16, 2010

Action Replayy (2010)


Kisah time machine sekali lagi? Oh no! Mungkinkah bakal mengulang kegagalan Love Story 2050 (Priyanka Chopra dan Harman Baweja)? Tidak rasanya kali ini. Action Replayy nampaknya lebih matang. Nampaknya mereka sudah makin pandai untuk menggunakan efek dan fiksyen dalam filem. Bagus bagus bagus. Action Replay dibintangi Akshay Kumar yang memang kaya rasanya apabila filemnya berderet di pawagam dengan tajuk berbeza pada tahun ini. Gandingannya dalam filem ini adalah Ratu Cantik, Aishwarya Rai. Fulamak, lepas Endhiran akhirnya Rai kembali ke arena Bollywood!

Action Replayy bukan kisah cinta biasa. Ianya tentang harapan. Harapan seorang anak yang mahu sebuah keluarga bahagia digambarkan dalam dunia yang cukup indah, Bombay zaman 70an. Bunty (Aditya Roy Kapur) malu untuk mengahwini cintanya Tanya kerana ibu bapanya yang porak poranda kerana perkahwinan paksa. Demi menyelamatkan ibu bapanya dari bercerai, dia akhirnya mencuri guna mesin masa milik Prof Anthony (bapa Tanya) dan kembali ke zaman sebelum ibu bapanya bertemu. Matlamat Bunty di 'masa lepas' itu adalah untuk membuatkan ayahnya, Kishen (Akshay Kumar) jatuh cinta dengan Mala (Aishwarya Rai) sebelum mereka dijodohkan tanpa cinta.

Kreatif. Klasik dan menarik. Itu kata kata yang dapat digambarkan untuk filem ini. Sinematografi yang meyakinkan. Gambaran Bombay nampak menarik dengan bantuan CGI. Muzik Pritam nampaknya tak kena dengan zamann namun masih menarik. Klasik 70an nampaknya moden dengan lagu. Mixing modern pop dengan elemen klasik membuatkan muzik Pritam menjadikan dunia 70an ini berjiwa luar biasa. Trek Zor Ka Jhatka energetik. Luk Chup Janaa pula bermelodi rancak dan menarik. Keseluruhannya, ianya sebuah filem romantik komedi fiksyen yang wajib tonton. Karakter Akshay Kumar berbeza giler.. apatah lagi apabila dia digandingkan dengan jelitawan Aishwarya Rai dalam satu zaman klasik.

Sunday, December 12, 2010

Red Alert: The War Within (2010)



Narsimha (Suniel Shetty), seorang petani bekerja sebagai tukang masak (akibat desakan kewangan) terpaksa menjadi seorang gerila yang anti-kerajaan India. Dari seorang tukang masak, hidupnya kini berubah apabila dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai komplot. Ideanya biasa dan terlalu berat. Serius, filem ini memang bukan untuk bukan orang India. Faktanya terlalu berat sebab sejarah India ini tidak diajar di mana sekolah. Jadi, bagi yang mahu menonton, pastikan anda tahu bahawa filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 60an dahulu. Sebuah kisah yang diinspirasikan dari kisah benar, bercakap soal politik, kerajaan dan pemberontakan.

Sekali lagi, tonton sekadar untuk peringatan saja sudahlah. Filem ini hanya dapat difahami selapis sahaja buat peminat luar India. Lakonan Suniel Shetty sederhana. Sameera Reddy (my fevret aktres), pun sederhana. Tidak menjangkakan bahawa dia seperti tak wujud pun dalam filem itu. Dengan pemilihan pelakon yang bertaraf bukan bintang dan terlalu menekankan aspek mesej (kerana dibanjiri dialog yang menggalakkan penonton berfikir), filem ini membosankan buat penggemar filem dengan objektif berhibur. Plotnya yang mendatar dan kurang cemas (juga aksi yang terlalu tak professional) menjadikan Red Alert adalah sebuah filem teruk yang tak wajib ditonton kalau korang bukan peminat Suniel Shetty dan Sameera Reddy.

Saturday, December 11, 2010

A Flat (2010)


Kisah thriller ini menggunakan pangsapuri sebagai item horror. Mengisahkan Rahul (Jimmy Shergill) yang baru balik dari US dan ada krisis dengan kekasihnya Preeti. Kematian bapanya yang misteri di flatnya menyebabkan Rahul kembali ke flat lamanya untuk menyiasat. Namun, selepas beberapa lama berada dalam flat tersebut, Rahul sedar bahawa dia kini terperangkap dan tidak boleh keluar dari flatnya sendiri. Kini, dia hanya bertemankan roh yang tidak tenteram yang bakal merungkai segalanya.

Menarik. Itu saja komen yang dapat diberi kepada idea ini. Namun, alangkah malangnya apabila idea ini tidak digarap dengan begitu baik. Satu percubaan yang baik apabila genre horror mula menggunakan item-item untuk menakutkan penonton. A Flat, semestinya menggunakan teknik yang sama. Pembahagian dua bahagian filem ini tidak seimbang. Susunannya berterabur dan tidak berjaya menimbulkan impak. Namun, adegan akhir filem ini menarik. Tiada lagu yang menarik tetapi filem ini punyai lakonan Jimmy Shergill (pertama kali dalam filem horror rasanya) yang begitu luarbiasa.

2.5/5

Thursday, December 9, 2010

Ramaa The Saviour (2010)


Memang tak banyak Bollywood tampil membawakan kisah untuk kanak-kanak kan? Sudah semestinya ianya bukan priority kerana duit sumbangan tiket adalah dari peminat dewasa. Namun, seingat fikiran, Jajantaram Mamantaram (kisah orang yang pergi ke pulau orang kerdil ala-ala kisah klasik Inggeris, aduh.. lupa tajuk pula..). Selepas tu, rasanya belum pernah menonton filem bergenre fantasi sebegitu lagi. Namun, keberanian Ramaa The Saviour membawakan epic + fiksyen kanak-kanak nampaknya usaha yang baik untuk buka peluang tontonan kanak-kanak. Tetapi mampukah Ramaa The Saviour memberikan impak?

Ramaa The Savior adalah ala-ala Sharkboy & Lavagirl (filem Robert Rodriguez) dan Spy Kids: Game Over (juga filem Robert Rodriguez) India. Kisah yang berkonsep dunia game, satu kelainan yang cuba ditonjolkan. Sahil Khan sebagai Ramaa, satu karakter dunia game yang menentang kuasa jahat, Kali. Kisah bermula apabila 5 pelajar sekolah bermain permainan virtual yang dinamakan The Last Battle dan dibawa masuk ke dunia yang dikenali sebagai Azra. Dunia yang penuh dengan mistik ini menyaksikan pertembungan Ramaa yang perlu menumpaskan Kali. Kisah seterusnya bergerak ke sebuah pengembaraan 5 pelajar ini bersama Ramaa untuk menumpaskan Kali.

Kisahnya menarik. Malangnya ia tidak digarap dengan begitu baik. Idea yang cantik tetapi tidak mendapat garapan yang bagus. Ramaa The Saviour berterabur dari awal hingga akhir. Plotnya tidak dapat difahami dengan jelas. Karakter-karakter tidak dijelaskan karakternya dengan jelas. Perubahan plot yang tiba tiba menjadikan penonton terpinga pinga. Malah, bagi yang kosong mengenai fantasi, filem ini lebih baik ditonton dengan mata terpejam.

Visual effect dan lokasi pengambaran tidak mengecewakan. Namun, aspek editing cukup mengecewakan. Aksi dikoreograf dengan teruk. Aduh, cukup mengecewakan sekali lagi. Sahil Khan memberikan penampilan yang baik sebagai Ramaa, lelaki campuran karakter Tarzan dan Conan. Lagu/skor tidak mengecewakan. Ada trek yang menarik, Sunlena Sunlena salah satu daripadanya. Namun, bagi wanita wanita, pastinya filem ini menarik kerana Ramaa bercawat dan tidak berbaju. Muncul persoalan di sini, sesuaikah filem ini untuk kanak kanak? Oh ya, peminat penggusti WWE, The Great Khali, pastinya filem ini untuk anda!

Sunday, December 5, 2010

Lafangey Parindey (2010)

Sejak evolusi perubahan dunia Bollywood, macam macam kisah cinta pelik yang dilakar orang India. Walaupun idea itu adalah dirintis Hollywood, nampaknya idea itu begitu masuk dalam versi Bollywood. Antaranya yang menarik ditonton bagi genre romantik komedi sebegini ialah I Hate Luv Storys, Anjaana Anjaani dan juga Lafangey Parindey. Apa persamaan tiga filem ini?? Ianya hanyalah filem yang menggunakan dua karakter (laki dan pompuan) yang mana berbeza dari karakteristik dan juga dunia. Bagi yang menonton I Hate Luv Storys, sudah tentu paham dunia laki yang tak suka filem romantik vs wanita yang suka filem romantik. Bagi Anjaana Anjaani pula, laki stres kerjaya dan wanita stress cinta.

Lafangey Parindey (bunyi macam filem Tamil pulak aish!) semestinya bertitik tolak dari gaya penceritaan yang sama. Kisah ini berplotkan kisah lelaki yang suka bergasak vs wanita yang suka main kasut roda. Pinky (Deepika Padukone) ada cita cita tinggi ingin jadi pemain kasut roda dan dikenali. One-shot Nandu (Neil Nitin Mukesh) pula lelaki kampung yang terkenal dalam arena tnju kerana kebolehannya. Mereka ditakdirkan bertemu apabila Nandu tidak sengaja melanggar Pinky dalam satu kemalangan. Pinky akhirnya buta dan cita-citanya punah. Namun, Nandu hadir dan membantu Pinky. Cerita akhirnya bergerak ke arah usaha-usaha Pinky yang buta dan bagaimana Nandu (yang tidak diketahui Pinky bahawa dia yang membuatkannya buta) membantu Pinky menyertai program realiti tv India.

Lafangey Parindey bergerak dengan sederhana. Plotnya menarik namun tidaklah menimbulkan keterujaan. Semestinya endingnya sudah dapat diagak. Namun, gandingan Deepika dan Nitin adalah sesuatu yang menarik. Lakonan Deepika memuaskan sebagai Pinky si buta. Nitin memang pula biasa namun rasanya lebih baik dari Aa Dekhe Zaara. Apapun, muzik filem ni begity rock dan menarik. Keseluruhannya Lafangey Parindey mungkin diminati peminat genre romantik drama Bollywood. Bagi penggemar filem aksi Bollywood, lupakan saja.

Friday, December 3, 2010

Lamhaa (2010)


Sekarang ni, Bollywood dah makin berani dengan mengeluarkan kisah-kisah bertema panas. Lamhaa adalah satu daripadanya. Sebuah kisah yang cukup menarik yang dibikin di Kashmir, wilayah cantik yang bergolak. Namun sebenarnya filem ini taklah semeriah dan sehebat mana. Isu dimainkan begitu cantik, namun garapannya hanyalah seperti filem masala biasa. Cinta dan kasih sayang nampaknya menyerlah sehingga kadangkala menenggelamkan isu skandal politik dan juga komplot2 jahat yang merancang menggugat Kashmir.

Apapun, Lamhaa layak ditonton kerana style gerak kameranya yang cukup menarik. Kashmir sudah lama tidak ditonjol dalam skrin layar. Ternyata dunia bahaya itu masih indah. Aksinya juga menarik dan cukup dramatik. Sebuah kisah berkisar tentang kisah benar seorang lelaki yang menyiasat komplot seorang ahli politik kashmir ini memang punyai garapan yang baik. Malangnya, seperti awal tadi saya katakan, cinta dan kasih sayang watak Bipasha Basu dan Sanjay Dutt nampaknya menggoyahkan beberapa babak dalam filem ini.

3/5

Wednesday, December 1, 2010

Housefull (2010)


Housefull mengisahkan Aarush (Akshay Kumar) seorang yang bernasib malang. Dia percaya nasibnya akan berubah jika dia berkahwin. Maka, berkahwinlah dia dgn seorang anak tauke kasino yang kaya. Malangnya, isterinya curang. Ditakdirkan pula pertemuannya dengan Sandy (Deepika Padukone). Kisah ini kemudiannya menjadi haru biru bila bapa rakannya, Batuk Patel (Boman Irani) yang mana telah ditipu Hetal (bini rakan Aarush) ingin datang bertemu dengan mereka. Hetal dan Bob yang menipu bahawa kehidupan mereka mewah kini terpaksa dibantu Aarush (yang tak pandai menipu) bersama Sandy mendapatkan banglow buat sementara. Kisah menjadi kucar kacir lagi dengan kehadiran Major Krishna Rao (Arjun Rampal), abang Sandy yang membuka sejarah lama bagi Aarush.

Keseluruhannya, filem ini nampak biasa. Kisah haru biru macam ni sudah lama ada dalam industri bollywood. Penciptaan karakter yang akhirnya digabungjalin dengan adegan yang komedi amat menarik. Cukup sekadar santai-santai dan tak perlu banyak fikir fikir. Housefull menjanjikan gelak tawa tanpa henti. Mesej juga ada tersirat. Segalanya nampak seperti kisah kucar kacir Priyadarshan, DE DANA DAN, HUNGAMA dan lain lain. Namun, filem ini juga menarik untuk disaksikan kerana babak-babak komedinya yang sukar dijangka.

3.5/5

Monday, November 29, 2010

Anjaana Anjaani (2010)


Sebuah lagi filem Bollywood era moden yang menarik, membuatkan aku tersenyum sesorang dan menambat hati selepas 'I HATE LUV STORY'. Itu yang aku dapat simpulkan selepas menonton filem yang berlatar belakangkan bandaraya Amerika yang gah. Entahlah kenapa zaman sekarang penggiat filem Bollywood terlebih akal sehinggakan mereka membikin filem seolah-olah Amerika itu mereka yang punya. Mungkin juga setting bandaraya Las vegas, San Francisco dan New York nampak lebih menarik di lensa kamera. Apapun, ANJAANA ANJAANI memang tidak membosankan dan cukup rasa untuk membuai penonton ke alam percintaan fantasi yang direka dalam filem ini.

Filem ini yang mana dikatakan terinspirasi dari Patrice Leconte's 1999 French film yang bertajuk LA FILLE SUR LE PONT/GIRL ON THE BRIDGE, yang dilakonkan Daniel Auteuil dan Vanessa Paradis ini mengisahkan sekitar dua watak Kiara (Priyanka Chopra) dan Akash (Ranbir Kapoor)yang punyai masalah dalam hidup masing-masing. Disebabkan terdesak, mereka akhirnya berazam membunuh diri. Ditakdirkan dua watak ini berjumpa di tempat bunuh diri yang sama secara tak sengaja). Selepas tidak berjaya untuk bunuh diri dengan terjun dari jambatan, akhirnya mereka bertekad untuk mmbunuh diri pada malam tahun baru 2010. Ada 20 hari lagi ke tarikh itu.. dan ini kisah mereka berdua menunaikan hasrat hidup mereka sebelum tiba tarikh kematian tersebut.


Muzik Veshal Shekar baik. Ada beberapa lagu yang menarik untuk didengar. Keseluruhannya, muzik mantap dan moden. 'Tumse Hi Tumse' catchy. 'Anjaana Anjaani' energetik.

Menarik dan sungguh melucukan. Kiara dan Akash dua insan jauh beza. Sorang dari San Francisco dan sorang lagi dari New York. Dua kisah dari dua dunia berbeza akhirnya bertemu kerana satu matlamat yang sama iaitu mahu mati. Namun, kisah ini tidak digarap dengan tona menyedihkan. Ianya disulami babak melucukan yang amat menarik. Dengan lakonan Priyanka Chopra yang luar biasa. Kiara nampak sebati dengan lakonan Ranbir Kapoor yang kadangkala nampak tak stabil. Keseluruhannya, Anjaana Anjaani filem wajib tonton buat penggemar romantik komedi. Lawaknya menjadi. Visualnya tahap tinggi. Musiknya tak basi. Buat peminat Priyanka Chopra, sudah tentu filem ini memberikan Priyanka dalam karakter berbeza.

4/5

Sunday, November 28, 2010

Apartment (2010)



Apartment adalah kisah thriller yang nampak cliche. Penggunaan objek-objek sebagai tajuk sudah tentu mendedahkan pasal kisah sebenar yang bakal ditonjolkan dalam filem ni. Walaupun sudah dapat mengagak apa yang bakal disampaikan, Apartment juga ada melodi yang sukar dijangka. Mengisahkan seorang pramugari (Tanushree Dutta) dan kekasihnya yang berkongsi sebuah rumah apartment. Disebabkan kecurigaan, pramugari ini akhirnya menghalau kekasihnya dan mengambil housemate baru. Bila si pramugari ni mula rapat dengan housemate baru, akhirnya baru dia sedar yang housematenya psikopath.

Tak ada banyak yang boleh dibincangkan. Plot nampak memfokus kepada point. Tidak ada banyak sublot yang lewah. Walaupun bermain dengan idea yang ringkas, filem berjaya dikembangkan. Elemen cemas wujud dengan baik. Muzik nampak biasa, tiada trek menyengat. Apapun, sesuai untuk peminat filem trill cemas. Pesanan, hati-hati mencari housmate.

3.5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/apartment-2010-hindi-rmvb.html

Friday, October 29, 2010

Dabangg (2010)


Jika WANTED berjaya mengembalikan Salman Khan, DABANGG kembali membuktikan bahawa Salman Khan masih mampu bertahan sebagai pelakon yang diminati. Ternyata Salman Khan masih mampu memberikan aura badannya yang memang sasa untuk diperlihatkan. Menyaksikan DABANGG memang menarik. Plot lama dengan olahan baru yang cukup kreatif dari produksi ini menjadikan DABANGG filem bolly dengan format lama yang sesuai untuk penonton bolly masa kini.

Chulbul Pandey (Salman Khan) merupakan seorang polis yang anti korupsi, segak dan ganas menentang kejahatan. Masa lampaunya hitam. Setelah dia kematian bapa, ibu Shulbul berkahwin dengan Prajapati yang duda anak satu. Anak Prajapati, Makhanchan (Arbaaz Khan) adalah anak yang selalu dimanjakan keluarga. Cerita bergerak ke hadapan apabila Cheddi Singh (Sonu Sood), sang antagonis mula buat havoc. Akibat terdesak, Makhanchan menyertai geng samseng Cheddi Singh dan Chulbul Pandey harus membuat sesuatu untuk menghalang. Romantika diletakkan pada Rajo, seorang gadis idaman Chulbul Pandey yang very da canteek.

Keseluruhannya, tema korupsi bukanlah sesuatu yang abnormal di bollywood. Sudah berlambak filem bergenre sebegini di Bollywood. Tapi, DABANGG mencapai refreshment apabila element aksinya nampak tidak slapstik ditambah dengan penceritaan yang cukup catchy. Permainan plot nampak bagus sekali walaupun pengakhirannya boleh dijangka. Apapun, DABANGG sebenarnya milik penuh Salman Khan.

Babak aksi dalam filem ini nampak cuba mengadaptasi adegan silence-fighting dari filem Luc Besson's Transporter. Adegan perlawanan atas minyak gris yang banyak diolah kreatif walaupun ianya ada bisa-bisa adaptasi dari adegan lawan dalam filem Transporter 2. Salman Khan seperti biasa dengan mimik mukanya yang penuh bengis berlawan, ditambah dengan badan sasanya menjadikan dia adalah Jason Statham Bollywood. Aksi pengakhiran filem ini memang mengujakan. Sesuatu yang patut ditonton.

Sajid Wajid membawakan muzik penuh romantika. Item 'Tere Mast Mast Do Nein' paling digemari. Nyanyian Rafaqat Ali memang memukau. Teringat nyanyiannya dalam lagu 'Ore Piya' yang diletakkan dalam filem Aaja Nachle. Background score juga menampilkan item-item ala Mexico yang rasanya menarik dan cantek.

Lakonan Salman menarik. Karakter macho menyerlah. Begitu jugak dengan Arbaaz Khan. Sonakshi Sinha juga very da pretty. Comey giler. Tapi, lakonannya sederhana jer. Apapun, DABANGG memang filem aksi yang cliche, tetapi cuba untuk lari dari itu dengan transformasi aksi2, background score dan juga karakter yang berbeza.


Tuesday, October 19, 2010

Once Upon A Time In Mumbaai (2010)


Once Upon A Time In Mumbaai bukan filem kesinambungan Once Upon A Time In China. Ianya sbeuah filem yang cuba membina Om Shanti Om dalam realiti filem Bollywood. Jika Om Shanti Om kisah cinta berlatar zaman 80an, Once Upon A Time In Mumbaai bergenre biografi yang berlatar belakang zaman yang sama. Pandangan pertama, filem ini nampak seakan cuba mencari sudut baru dunia bollywood. Jarang sekali Bollywood menampilkan zaman era 80an dalam layar. Dengan kostum yang begitu retro, OUATIM ini sebuah filem yang nampak besar ditambah dengan aktor dan aktress ternama masa kini.

OUATIM diterajui Ajay Devgan, mengisahkan dunia mafia di Mumbai sekitar 70an dan 80an. Sultan Mirza (Ajay Devgan) adalah ketua mafia yang dihormati kerana sikapnya. Cintanya, Rehana (Kangana Ranaut) menjadikan perjalanan cerita ini penuh warna warni. Akibat penghormatan yang diberikan, Sultan Mirza mula diberi peluang ke dunia politik. Namun, Shoaib Khan (Emraan Hashmi) yang juga pengikut setia Sultan Mirza mula buat kepala dan mula merancang untuk menjatuhkan Sultan Mirza.

OUATIM dikatakan berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku pada abad yang sama. Kisah Haji Mastan dan Dawood Ibrahim dikatakan menjadi asas kepada filem ini. Namun, pada awal filem lagi, penonton sudah diberitahu bahawa ianya tidak ada kaitan dengan dua karakter realiti ini. Namun, sejauh mana kebenarannya, samaada ianya ketidaksengajaan atau sengaja untuk mencari publisiti, mereka saja yang tau.

Keseluruhannya, era 80an berjaya dipotray. Namun, rasanya kadangkala ada juga babak yang hilang balancing sehinggakan penonton tidak dapat mengagak era yang cuba disampaikan. Secara keseluruhannya, baik. Lagu Pritam memang kena dengan zaman, olahan Pee Loon mengasyikkan, remix Apna Desh memang memukau. Lakonan Ajay Devgan ada gaya, Kangna Ranaut realistik. Keseluruhannya, OUATIM penuh konflik dan warna dunia berbeza. Menonton filem ini seolah menonton Bobby yang dikembalikan ke zaman 2010.

Saturday, September 4, 2010

3 Idiots (2009)

Sempurna, penuh mesej, tangisan dalam tertawa dan penuh drama. 3 IDIOTS ada semua itu. Pengalaman menonton 3 IDIOTS sebelum pulang berhari raya adalah satu pengalaman luar biasa. Ianya adalah satu jangkamasa untuk emosi yang padat. 3 IDIOTS karya Rajkumar Hirani ini luar biasa dan cukup padat. Namun, ianya masih memberi peluang kepada penonton untuk bersantai dengan kehidupan yang dipaparkan dalam filem ini. Ianya bukan sebuah filem (pada aku), 3 IDIOTS adalah satu tamparan kepada dunia pendidikan dan juga kehidupan. Melihat dari sudut seorang mahasiswa, filem ini dekat di hati sehinggakan aku berkata sendiri, 'patut tunjuk kat lecturer nih, biar diorang paham sket!'...

Bagi yang belum mengetahui apa yang hebatnya filem ini, ini adalah penjelasan secara ringkasnya. Filem tahun 2009 ini adalah superhit Bollywood yang berjaya menggondol pelbagai anugerah di IFFA dan juga majlis anugerah yang lain. 3 IDIOTS nampak bodoh pada tajuknya. Namun, akhirnya kebodohan itu menjadi satu kejayaan buat filem ini. Dilakonkan oleh Aamir Khan yang dibantu oleh R. Madhavan dan juga Sharman Joshi, filem ini adalah arahan mantap pengarah filem Munnabhai MBBS, Rajkumar Hirani.

3 IDIOTS adalah tentang kehidupan. Itu yang dapat aku baca selepas selesai menonton filem ini. Ianya bukan berkisar tentang kehidupan cinta fantasi, ianya realiti kehidupan. Kadangkala kehidupan tak semestinya berkenaan tentang cinta. Filem ini berkisar tentang impian. Impian untuk menjadi seorang yang berjaya menggenggam segulung ijazah. Ianya dekat di hati aku, of coz.

Karya ini bukan tentang 3 orang bodoh. Kebodohan yang dipaparkan di tajuknya sebenarnya adalah kontra kepada kisah ini. IDIOTS sebenarnya adalah akronim ' I'll Do It On my Own TermS'. Ianya bukan filem pasal 3 budak bodoh yang terlepas dari pusat rawatan pesakit orang gila. Ianya bukan juga pasal cinta. Ianya adalah berkenaan dua orang sahabat lama, Farhan dan Raju dalam satu pengembaraan mencari sahabat lama, Rancho. 3 IDIOTS bermain dengan flashback yang cukup panjang. Namun, flashback ini menarik kerana ianya menyelongkar persoalan satu persatu.

Filem ini mengajar penonton tentang pilihan dalam kehidupan. Kadangkala hidup kita diatur oleh orang lain yang kadangkala jauh dari apa yang kita inginkan. Filem ini juga mengkritik sinis dunia pendidikan dan sistemnya. Tak nak cerita banyak-banyak, tapi dalam watak Boman Irani yang santai sebagai Viru Sahastrabudhhe. dekan di fakulti kisah ini berlaku, penulis sebenarnya cuba membawakan kebenaran tentang sistem pendidikan yang kadangkala dimonopoli kuasa pensyarah yang tidak suka para pelajar mereka lebih pandai daripada diri mereka.
Zoobie Doobie adalah trek pilihan untuk filem ini. Muzik yang catchy dan juga visual menarik cukup untuk membuatkan aku mengulang2 filem ini untuk dengar trek ni. All Izz Well sederhana saja. Tak berjaya ambik hati aku. Keseluruhannya, background score juga hebat dalam membantu membina adegan-adegan emosi dan juga keseluruhan cerita. Lirik oleh Swanand Kirkire begitu santai (tengok subtitle) dan Shantanu Moitra menghasilkan karya yang patut dibanggakan. Backgroundscore (Atul Raninga, Sanjay Wandrekar & Shantanu Moitra) baik.

Keseluruhannya, sempurna.. itu saja... just one word 'perfect'.

5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/07/3-idiots-2010-sdtv-dvdrip.html

Friday, September 3, 2010

I Hate Luv Storys (2010)



I HATE LUV STORYS... memang semua benci cerita cinta yang penuh romantika kerana ianya bukan selalu berada dalam realiti hidup. Cinta ada dalam pelbagai versi, dan kadangkala di sebalik ketidakromantikan juga ada cinta. Dan I HATE LUV STORYS adalah sebuah karya saga terbaru yang cukup menarik kerana seseorang yang membenci cinta yang hanya ada dalam dunia fantasi akan mula merasainya dalam realiti dalam filem ini. Sebuah lagi karya penerbit My Name Is Khan dan biggest hit Kabhi Khushi Kabhi Gham, I Hate Love Story cuba memberikan satu sisi baru dunia cinta yang selalunya cliche dalam dunia bollywood.

Karan Johar, di kerusi penerbit membawakan anda sebuah kisah cinta masa kini yang penuh romantika dan komedi dan juga drama arahan Punit Malhotra. Sebuah kisah yang cukup inti romantik, cukup perisa komedi dan juga rencah drama. I HATE LUV STORYS hampir perfect sebagai filem muzikal remaja Bollywood. Adunan romantiknya cukup menarik. Komedinya, falsafahnya juga menarik. Puratanya, anda akan menyukai filem yang 'membenci cinta' ini.
Jay (Imran Khan) dan Simran (Sonam Kapoor), dua karakter berbeza falsafah dalam cinta. Jay 'hate love story' dan Simran 'really love it'. Ditakdirkan bahwa Simran adalah seorang krew di sebalik filem romantik Bollywood. Ditakdirkan juga Jay adalah orang yang bekerja di bawah arahan Simran dalam menghasilkan sebuah filem romantik terbaru. Dalam keadaan Simran yang mencintai Raj pada saat awal, hatinya mula berubah. Namun, persoalannya, adakah Jay mempercayai cinta yang hanya romantik di layar perak? I HATE LUV STORY membawa persoalan tentang cinta pandangan pertama, dan takdir yang boleh mengubah hala cinta pada bila-bila masa.

Visual menakjubkan dan menarik.

Trek 'Bahara' dan 'Sadka Hua' mengasyikkan. Muzik Vishal-Shekar terbaik.
Semestinya kisah cinta diberikan satu tajuk yang cukup indah dan juga mengasyikkan. Namun, filem ini cuba membawa kisah romantika dua pasangan berlainan pandangan ini dalam satu tajuk yang membawa maksud 'saya benci kisah cinta'. Namun, semestinya penonton tidak akan membenci filem ini. Malah, semestinya ianya bukan sebuah filem yang cuba mengubah dunia bollywood yang penuh dengan cinta yang visualistik.

Al kisah I HATE LUV STORYS sebenarnya adalah biasa saja pada naratif. Namun, ianya tetap memukau pada teknik penceritaannya. Itu secara keseluruhannya yang dapat disimpulkan. Walaupun kisah ini cuba memberikan nafas baru dunia Bollywood. Ianya sebenarnya adalah cliche yang biasa. Tiada bezanya dengan filem lain. Mungkin karakter dan intro yang memukau mampu membuatkan filem ini dimasukkan dalam senarai filem romantika yang berdiri megah di Bollywood.

Tuesday, August 3, 2010

Kaminey (2009)

Kaminey gelap dan cukup memeningkan kepala. Itu yang dapat aku simpulkan setelah selesai menonton filem ini. Tertarik dengan satu track lagu, maka aku sempat melayan filem ini untuk mengambil isinya dan ianya berakhir dengan persoalan yang cukup berserabut. Karya Vishal Bhadrwaj ini nampak menarik, namun pandangan pertama itu nampak seperti tidak berjaya menarik minat aku.

Filem ini memang penuh hitam, dan juga sukar dijangka. Mengisahkan tentang Charlie dan Guddu, kembar yang dilakonkan Shahid Kapoor) yang terperangkap dalam satu dilemma. Disebabkan kedua-duanya mempunyai wajah sama dan perwatakan berbeza, mereka berhadapan dengan masalah apabila diburu dunia gelap.

Secara keseluruhannya, Kaminey hanya dibantu Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra, boleh melekat di hati sesetengah peminat, gaya persembahan yang sukar diserap membuatkan penonton mampu ditarik kerana lagu 'Dhan Tenan' yang begitu catchy dan cinematografi yang indah.

2/5

Saturday, July 24, 2010

City Of Gold (2010)


Menyaksikan City of Gold umpama mengimbas kembali dunia Mumbai beberapa dekad lalu. Ianya terlalu realistik dan penuh keganasan. City Of Gold adalah sebuah filem realiti buah tangan Mahesh Manjrekar dan ianya adalah hasil yang penuh satira, perjuangan dan kehidupan masyarakat India yang sebenar. Pengalaman menonton filem ini amat mengejutkan dan sungguh menarik untuk dijongsi.
City Of Gold. Mendengar pada namanya yang hampir sama dengan City Of God (sebuah filem Afrika), dua filem ini mempunyai agenda yang sama iaitu membongkar dunia realiti masyarakat negara itu sendiri. Malah, dua filem ini, walaupun dari berlainan persepsi dan budaya, ianya adalah sesuai dengan realiti. Tidak seperti filem Bollywood lain yang penuh dengan kemewahan, filem ini membongkar kisah situasi pekerja kilang pada zaman masalahnya sekitar 80an.

Melingkari kisah masalah kesatuan pekerja kilang yang menghadapi masalah apabila tanah kilang meraka mahu dibangunkan, kisah ini memfokus kepada sebuah famili yang penuh dengan karakter yang pelbagai. Masalah yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga ini, digambarkan satu persatu dan membawa kepada pelbagai masalah yang akan diselesaikan dalam filem ini.
Pelbagai isu diselongkar dalam filem ini. Dari isu politik kotor sehinggakan maslah keluarga dan juga kehidupan, City Of Gold umpama satu filem yang mencantumkan semua masalah kehidupan dalam masa 2 jam tayangan. Gaya penceritaan amat menarik kerana semuanya berdasarkan realiti. Jangan mengharapkan pelakon yang popular di sini kerana City Of Gold tidak memberikan itu. Ianya memberikan anda satu pandangan pemikiran tentang dunia pembangunan Mumbai yang penuh dengan masalah.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/city-of-gold-2010-dvdrip-hindi.html

Sunday, July 11, 2010

Prince (2010)

Aksi hebat dan trailer promo yang cukup mantap adalah kenapa Prince menjadi satu filem tontonan hari ini. Selain mengetahui ianya adalah dari penerbit Race yang pernah hit suatu ketika dahulu, tarikan Vivek Oberoi dan visual memukau juga adalah perkara yang menarik untuk disaksikan dalam filem ini. Maka, boleh aku katakan Prince merupakan sebuah thriller penuh misteri melalui gabung jalin cerita yang cukup menarik.

Dahulu, John Woo pernah mempamerkan tema 'memory lost' melalui karakter dalam Paycheck lakonan Uma Thurman dan Ben Affleck. Bukan itu saja, sejak lamanya lagi sudah banyak filem yang menggunakan premis 'memory lost' untuk memberikan impak misteri kepada filem tersebut. Dan ternyata, ianya juga menarik minat Bollywood untuk menggunakan premis yang sama dalam Prince.
Ditulis oleh penulis Race, Prince punyai kerangka cerita yang mirip Race. Dalam setiap babak, akan ada twist yang memutar belit keadaan sehinggakan point-point menjadi kelam kabut. Namun, itu adalah objektif lakaran cerita ini, mungkin.

Prince berkisar tentang sorang 'international thief', Prince yang melakukan rompakan terbesarnya di 3 tempat berbeza dan mendapati dirinya menghadapi 'memory lost'. Sedikit demi sedikit identitinya diperoleh semula dan masalahnya, beberapa agensi sedan memburunya kerana sesuatu perkara yang dia telah lakukan. Dalam masa 4 hari, Prince perlu mengambil kembali memorinya untuk memperbetulkan keadaan.
Filem ini mirip Paycheck. Namun, gayanya persembahannya lebih jauh dari itu. Penceritaan yang penuh twist dan antagonis cliche bollywood membuatkan filem ini nampak indian tetapi penuh style. Jujurnya, filem ini seperti mahu menguji daya saing filem Bollywood dalam penggunaan imej CGI dalam filem mereka. Sebelum ini, India sudah menggunakan CGI dalam Love Story 2010, namun tidak berjaya.

Muzik ciptaan Sachin Gupta nampak sesuai dengan filem hi tech ni. Tak banyak komen walaupun tak ada lagu yang menarik pada aku. Keseluruhannya, penampilan Vivek Oberoi sebagai Prince cukup meyakinkan. Gaya badannya dan juga dialognya meyakinkan. Watak Prince memang sesuai untuknya. Prince sesuai untuk penggemar filem aksi Bollywood. Mungkin Prince nampak overdose, namun itulah Bollywood.
Kesimpulannya, Prince mengulang kejayaan Race. Aksi cemas, twist belambak menjadikan Prince sebuah filem menarik. Namun, beberapa babak yang nampak unlogik mungkin berjaya diselindung dengan cinematografi yang baik.

4.5/5

Saturday, July 10, 2010

Kites (2010)

Wow.. itulah yang aku dapat katakan daripada pengalaman menonton filem keluaran FilmKraft Production ini. Jika dahulunya, Krrish dan Koi... Mil Gaya menjadi pertaruhan, Kites adalah satu formula terbaik buat FilmKraft menjana keuntungan. Menjangkakan Kites filem picisan bollywood, tanggapan itu dilesetkan dengan sekelip mata apabila filem itu bermula dengan penuh energy yang sukar dijumpai dalam filem Bollywood. Ianya bukan satu filem cinta biasa walaupun cinta adalah tema biasa di Bollywood. Rakesh Roshan, selaku penerbit menghabiskan jutaan kerana satu matlamat, keuntungan Kites yang berganda. Dan.. aku tahu, memang berbaloi membina sebuah cerita sebegini.

Diterajui Anurag Basu, seorang pengarah yang dikenali sebab arahannya dalam Murder (Mallika Sherawat) dan Life In A Metro, Kites pada aku adalah hasil kerja terbaiknya setakat ini. Emosi digarap mantap can cukup untuk memancing emosi penonton menghayati watak yang direka. Memang filem ini cukup internasional di tangan Anurag Basu. Idea kreatif Rakesh Roshan ini digarap kemas dalam membawa filem ini ke mata dunia. Mungkinkah Kites cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Bollywood sudah maju?
Jay (Hrithik Roshan) seorang India yang menjalankan kerja kotor di Las Vegas. Antara kerja itu adalah membantu wanita asing mendapatkan kewarganegaraan dengan kahwin kontrak. Antara 11 wanita, hatinya tertarik kepada Natasha (Barbara Mori), seorang warganegara Mexico. Tiada cinta saat kahwin kontrak itu, namun semuanya disedari Jay saat dia tahu bahawa Natasha akan mengahwini Tony Grover (Nicholas Brown), seorang anak tauke kasino. Pada masa ini, Jay juga sudah bersama Gina Grover (Kangana Ranaut), adik kepada Tony Grover. Namun, perasaan tidak dapat dikawal. Jay tidak dapat menahan cintanya kepada Natasha. Maka, pada satu malam, apabila Tony tahu bahawa kekasih adiknya itu ada hati terhadap tunangnya, sebuah permainan cat and mouse bermula. Semua hanya kerana satu perkara, cinta yang diibaratkan seperti layang-layang. Sentiasa bersama walau apa pun keadaan.

Formula Kites nampak seperti proses refresh filem-filem seperti Koyla (Shah Rukh Khan dan Manisha Koirala) dan juga Tony Scott's Revenge. Namun, aku yakin bahawa ianya idea baru yang cuma menggunakan beberapa point sekadar membantu idea untuk berjalan dengan baik. Jika Krrish hanyalah superhero penuh dengan fiksyen, Koi.. Mil Gaya hanyalah sang budak terencat bersama E.T, Kites adalah lebih dari itu. Persoalan cinta dan kehidupan yang cukup berat diolah menjadikan Kites sebuah filem penuh emosi dan aksi. Namun, keseluruhannya Kites adalah filem paling baik dari Rakesh Roshan (sebagai penerbit), Anurag Basu (sebagai pengarah) dan Hrithik Roshan (sebagai pelakon).
Babak-babak aksi Kites antara yang terbaik dari Bollywood. Babak kejar mengejar di lebuh raya Texas dan juga adegan akhir antara yang menarik perhatian. Membandingkan filem ini dengan Blue karya Antony De Souza, Kites punya babak aksi intensiti tinggi yang digarap penuh cemas dan teliti. Walaupun ada satu babak mirip satu adegan Bad Boys 2 (filem Michael Bay), Anurag basu cuba mencari kelainan dengan mengolah adegan ini dengan beberapa aksi baru. Secara keseluruhannya, babak aksi Kites cukup cemas dan menarik. Antara adegan menarik perhatian adalah adegan tembak menembak dalam bar, dan adegan akhir.

Rajesh Roshan sebagai pengarah muzik memberikan muzik impak maksima kepada filem ini. Muzik score setaraf orkestra Hollywood memberikan emosi kepada semua adegan emosi mahupun aksi dalam filem ini. Walaupun tiada nyanyian dan dan tarian seperti filem Bollywood biasa, Kites mampu memberikan music score tahap tinggi kepada penonton.
Babak aksi garapan Shyam Kaushal, sinematografi Ayananka Bose adalah top notch. Terbaik!. Keseluruhannya, Hrithik Roshan ada style dan emosi, seperti filem dahulunya (Krrish, Koi... Mil Gaya dan Kaho Na Pyaar Hai). Barbara Mori juga baik. Kangana Ranaut sebagai guest appearance juga berjaya mempamerkan emosinya. Kabir Bedi juga sama. Keseluruhannya, dari major karakter sehingga minor karakter, semuanya digarap kemas untuk menjadikannya sebuah filem Bollywood bertaraf internasional.

Jujurnya, Kites sebuah filem emosi berat yang cukup baik. Seolah-olah menyaksikan filem Hollywood dalam bahasa Hindi, itulah gambarannya. Kites mampu memberikan anda tiga perkara. Satu, emosi yang cukup menyentap. Dua, aksi kejar mengejar yang hebat. Dan tiga, pelakon yang hensem dan cantik.

4.7/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/07/kites-2010-dvdrip-hindi.html

Thursday, July 8, 2010

Accident On Hill Road (2009)

Celine Jaitly, wah.. lama sungguh tak melihatnya dalam filem. Rasanya Accident On Hill Road mengembalikan dia sebagai seorang pelakon, bukan lagi seorang model yang selalu pose seksi. Menyaksikan Accident On Hill Road adalah suatu pengalaman thriller yang cukup best. Filem yang sederhana garapannya, namun dipenuhi suspens yang cukup kuat sehinggakan kelibat plot tidak dapat dijangka pergerakannya.
Mungkin ada yang tidak tahu, Stuck (2007) adalah filem asal yang menginspirasikan Accident On Hill Road. Mahesh Nair mungkin teruja dengan kejayaan Stuck yang meraih beberapa anugerah kerana diinspirasikan dari kisah benar seorang pemandu yang melanggar seorang pejalan kaki dan biarkannya mati tersepit di cermin hadapan kereta. Stuck membawa kisah ini ke Hollywood dan Accident On Hill Road membawa tragedi ini ke Bollywood.

Kisah menceritakan tentang perihal Sonam (Celina Jaitly) yang mendapat visa ke luar negara. Malam terakhir dia bekerja di hospital disambut dengan parti dihadiri rakannya dan boyfriendnya. Dalam keadaan mabuk pulang ke rumah berseorangan, Sonam terlanggar seorang pejalan kaki dan kini, mangsa tersepit di cermin keretanya. Dalam kekalutan, Sonam memandu keretanya dengan mangsa tersepit itu ke rumah dan menyimpan kereta di garaj. Masalahnya kini, Sonam terlibat dalam satu kemalangan. Perlukah dia membantu? Atau perlu dia bunuh saja supaya semua kes ini tidak panjang? Semua berlegar di sepanjang 1 jam 30 minit filem ni.
Plot digarap kemas. Saat mula cerita, kita akan kenali perwatakan plastik Sonam yang ramah sebagai sorang nurse. Namun, semakin lama ke dalam filem, kita akan menerokai suatu kebenaran tentang karakternya. Semuanya menarik untuk disaksikan. Gabung jalin beberapa minor karakter yang mengacau bilau keadaan mencemaskan keadaan.

Filem ini cukup thrillernya. Gaya penceritaan memang meyakinkan dan memang mendebarkan. Setiap perwatakan Sonam nampak boleh mengguatkan penceritaan filem ni. Tidak ada lagu yang menarik, hanya jalan cerita yang nampak cemas berlaku sekitar kejadian ini. Ending yang tidak dapat dijangka menjadikan Accident On Hill Road sesuai buat peminat thriller Bollywood.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/02/accident-on-hill-road-2009-hindi-dvdrip.html

Wednesday, July 7, 2010

De Dana Dan (2009)

Ni antara filem pelik yang aku tengok. Memang tak tahan jugak mata bila apa satu pun aku x dapat tangkap awal mula tonton filem ini. Sekadar mengetahui ianya buah tangan Priyadarshan yang pernah keluarkan Billu Barber, aku tertarik hendak menonton filem ini. Malangnya masa terlalu panjang dan disebabkn hal-hal lain, ianya ambil masa berhari2 untuk aku habiskan menonton.
De Dana Dan mungkin seumpamanya di India. Mungkin juga temanya bukan yang pertama. Gaya penceritaan yang 'memerangkap' berpuluh-puluh aktor dan aktres dalam sebuah hotel terkemuka di Singapura bukan perkara yang selalu dilihat. Maka, De Dana Dan adalah fresh dan Priyadarshan dengan gaya masalanya mencampurkan semua masalah menjadikan De Dana Dan filem haru biru yang penuh komedi.

Nitin (Akshay Kumar) adalah kuli kepada sorang ahli korporat (Archana Puran Singh). Ditakdirkan dia ini punyai kekasih yang kaya, Anjali (Katrina Kaif) yang selalu support dari segala aspek. Rakannya, Ram (Suniel Shetty) juga miskin sepertinya dan punya kekasih hati kaya, Manpreet (Sameera Reddy). Masalah cinta Manpreet dan Ram adalah halangan ibu bapa. Masalah Nitin pula adalah kewangan. Dua rakan ini merancang menculik anak anjing tuan rumah tempat Nitin bekerja dan mengugut untuk sejumlah wang. Masalahnya, semua jadi haru biru apabila plan mereka tidak menjadi.
Plot utama diselangseli dengan kisah ketamakan Harbans (Paresh Rawal) yang diburu seorang polis. Ianya bukan subplot serius. Ianya komedi yang biasa dilihat namun nampak fresh. Harbans merancang untuk kahwinkan anaknya (Chunky Pandey) dengan siapa saja yang sanggup bagi dowri yang besar. Maka, keluarga Manpreet pula bersetuju. Di sebuah hotel terkemuka di Singapura, semua kekalutan berlaku.

Makanya, kalau nak faham lagi, kena la tengok. De Dana Dan memang bercelaru. Namun, apa yang speselnya adalah pembinaan babak yang penuh dengan adegan yang tidak disangka. Elemen kejutan apabila karakter tak berkait masuk campur dalam satu insiden juga mencuri perhatian. Dalam durasi hampir 3 jam, Priyadarshan mereka pelbagai jenis minor karakter. Setiap minor karakter membantu namun pada masa yang sama menyukarkan penonton mengingati jalan cerita. Tetapi, De Dana Dan masih boleh difahami walaupun kadangkala tertinggal satu dia babak.
Pritam nampaknya tidak sekali lagi menghasilkan lagu mirip Billu Barber. Mungkin ini sebabnya Proyadarshan menarik kembali Pritam untuk filem kali ini. Lagu Baamulaiza mencuri perhatian aku. Dengan video yang ckup warna warni, Baamulaiza satu trek yang mengasyikkan. Gale Lagja juga trek yang berbeza dengan tempo sederhana. Dialun dengan elemen R&B, Gale Lagja dihiasi lakonan Akshay Kumar dan Katrina Kaif yang seksi. Trek yang soft pada awal filem, Rasste Naste memang mengasyikkan.
Keseluruhannya, penampilan Akshay Kumar, Suniel Shetty, dan Katrina Kaif amat semenjadi. Sameera sederhana. Semuanya hanya bergantung kepada dialog yang cukup komedi sehinggakan aku rasa ekpresi muka bukan satu perkara yang penting dalam filem ni. Namun, semuanya berjaya menjadikan filem ini sebuah filem yang unik. Ton suara yang selalu meninggi dan penuh jeritan sana sini memang perkara biasa dalam filem ni, so jangan terkejut dan tersentak dengan gaya itu.

Apa pun, Priyadarshan adalah filem santai. Namun, tonton la sikit-sikit. Filem ini akan jadi boring kalai mengadapnya selama 3 jam sekaligus.

2.7/5

Thursday, July 1, 2010

Raat Gayi, Baat Gayi? (2009)

Raat gayi, baat gayi sebuah filem yang mungkin buatkan penonton menguap. Aku yakin. Jiwa filem ini bukan seperti filem biasa. Walaupun filem ini nampak simple, namun ianya punya motif yang cukup berat dan penuh dengan mesej. Menonton filem ini membuatkan aku juga menguap beberapa kali. Beberapa stesen rehat aku berhenti sebelum aku berjaya habiskan menonton filem ini.
Temanya mungkin sesuai untuk orang dewasa. Ternyata skopnya mature dan perlukan pemikiran dewasa untuk menonton filem ini. Kisah hubungan curang antara pasangan berkahwin adalah sesuatu yang menarik ditonjolkan dalam filem ini. Berkisar tentang satu malam party, kisah bergerak diantara 3 otang lelaki yang memberikan konflik kepada jalan cerita.
Rahul (Rajat Kapur) bertemu dengan Sophia (Neha Dhupia) dan secara diam2 telah curang dengan isterinya. Namun, disebabkan mabuk terlampau, maka dia tak ingat apa yang berlaku pada malam parti bersama Sophia. Rahul hadapi masalah apabila Mitali sudah bad mood apabila dia sedar sesuatu tentang perangai Rahul pada malam parti. Dengan pertolongan rakannya Saxena dan Amit, yang juga ada masalah rumahtangga, mereka perlu selesaikan teka teki... apa yang berlaku pada malam parti antara Rahul dan Sophia?
Lagu ending terbaik. Itu saja part yang cukup menarik minat aku. Video klip digarap kemas dan muziknya begitu catchy.

Neha Dhupia seksi. Lakonannya selamba dan biasa. Tiada babak2 emosi yang berat baginya. Namun, penyampaian agak sampai pada penonton. Rajat Kapur juga baik. Keseluruhan, lakonan nampak real.

Keseluruhan, filem ini tak menjadi. Bye2...
2/5

Saturday, June 19, 2010

Phoonk (2008)

Genre horror bukan satu genre biasa bagi bollywood. Namun, Ram Gopal Varma memang tak dapat lari dari menerbitkan filem cam gini. Dahulu, BHOOT pernah hits sedunia. Filem lakonan jay Devgan yang diganding bersama Urmila Matondkar berjaya membuatkan penonton dapat sakit jantung ketika menonton. Filemnya tahun lepas, AGYAAT, cuba meniru PREDATOR, sebuah filem hollywood. Namun, ianya gagal.
Phoonk aku boleh diklasifikasikan antara kerja RGV yang terbaik. Namun, masih tertanam dalam hati bahawa BHOOT adalah the moset finest work of RGV. Tetapi, menonton Phoonk tidaklah seperti menonton filem bodoh. Ianya juga filem seram yang penuh dengan mesej dan bukan sahaja satu filem "kejut mengejut rakan sebelah yang tertidur".

Tema Phoonk bermain disekitar ilmu hitam. Tidak dapat memikirkan filem lain dalam industri bollywood yang bertemakan sebegini, aku rasa Phoonk adalah karya yang cukup baik untuk dilabel sebagai Bollywood's Long Khong. Namun, Long Khong lagi ngeri lah.
Rajeev (Sudeep) adalah jurutera yang memang x percaya tuhan dan perkara karut marut. Kehadiran batu berwajah dewa di tapak pembinaan membuatkan dia menghadapi masalah dari pekerja yang ingin membina kuil untuk menyembah batu tersebut. Pada masa sama, Rajeev juga telah disabotaj oleh Anshuman dan Madhu dan tindakan Rajeev membuang kontrak mereka adalah wajar. Di sini mula keseraman berganda. Anak Rajeev, Raksha diganggu. Namun, Rajeev masih menganggap ini semua hanya penyakit biasa. Adakah Rajeev akan percaya bahawa anaknya sudah dikenakan sumpahan balas dendam?
Pendekatan plot Phoonk amat biasa. Tiada elemen kejutan yang membuatkan orang terkejut beruk. Malah, pada awal filem lagi, sudah dapat diagak antagonis yang akan membalas dendam. Apa yang ada dalam filem ini hanyalah sorotan gangguan yang dilakukan oleh Anshuman terhadap keluarga Rajeev. Keseraman hadir tatkala penggunaan props seram yang dijadikan fokus sebelum shoot bertukar.

Tiada muzik nyanyian diadun dalam filem ini. Cukup eloklah sebab filem seram akan hilang mud seram kerana lagu. Ketiadaan lagu nyanyian menyebabkan Phoonk menjadi filem seram yang cukup memberi impak dari awal filem sehingga akhir.
Lakonan Rajeev dan semua pelakon biasa. Watak bomoh cukup meyakinkan. Walaupun filem ni tak dibarisi aktor ternama, filem mampu untuk memberikan satu keadaan yang cukup baik untuk menggambarkan karakter masing2 melalui lakonan mereka.

Apapun, filem ini sesuai untuk peminat filem seram ala2 ilmu hitam. Phoonk sudah ada sequel. So, cari dan lihat sendiri sambungannya.

Friday, June 18, 2010

Road To Sangam (2010)

Road To Sangam bukan filem ringan yang hanya dibuat untuk mengutip wang untuk keuntungan semata. ianya sebuah filem yang cukup sukar dihadam bagi orang yang meminati filem Bolly aliran biasa yang penuh komedi slapstik dan juga lagu-lagu yang asyik. Mula-mula, memang berat sikit otak aku hendak hadam filem ni, tapi makin lama filem ni jadi makin best.

Apa ada pada Road To Sangam? Ianya sebuah filem tentang penyatuan dan keamanan. Filem ini cuba membawa mesej tentang penyatuan bangsa India yang berbilang agama dalam cara yang cukup menarik. Semua orang tau yang kaum Islam dan Hindu bukan satu kepala di India. Walaupun kita tak tau ape2, kalau tgk filem hindi, mungkin kita akan tau tentang ini.
Kisah Road To Sangam berkisar tentang seorang India-Muslim bernama Hashmat Ullah (Paresh Rawal) yang bekerja sbg mekanik. Di pekannya, ada komuniti masjid yang sntiasa mengaturkan aktiviti2 orang Islam di situ. Al kisah bermula apabila Hashmat Ullah menerima enjin buruk dari dua orang lelaki. Tugas Hashmat Ullah; membaikinya. Tanpa disedari, enjin yang dibaiki Hasmat Ullah itu adalah enji sebuah kereta lama yang akan digunakan untuk membawa abu mayat Ghandi ke sungai Sangam.

Di sinilah konflik bermula. Sepertimana kita tahu, Ghandi bukanlah Muslim. Namun, bagaimana abu mayat Ghandi yang dibawa ke sungai Sangam itu menyatupadukan semua agama adalah perkara yang menarik untuk dilihat dalam filem ini. Pelbagai halangan dihadapi dari pihak masjid gara-gara Hashmat Ullah melanggar perjanjian memboikot kerajaan dengan menutup kedai selepas tragedi pengeboman di pekan mereka. Usaha makin sukar apabila orang Islam sendiri tidak ada kerjasama di pekan itu. Namun, Hashmat Ullah akan mengubah segalanya.
Jalinan cerita pada awalnya membosankan. Nmn, ianya tidaklah teruk sangat. Yakin bahawa filem ini adalah realiti kehidupan, pergerakan cerita penuh dengan mesej dan pesanan buat siapa yang mahu memikirkan. Dialog amat mantap dan cukup menyentuh perasaan. Namun, sekali lagi, tiada komedi dalam filem ini kerana filem ini cukup berat untuk memasukkan elemen tipikal itu.
Tak perlu mengharapkan lagu-lagu dari pengarah muzik terkenal. Tiada juga cameo artis popular. Beberapa lagu agama menjadikan latar Road To Sangam penuh dengan jiwa agama yang cukup mendalam.

Paresh Rawal diangkat sebagai pelakon utama. Lakonan non-komedi ini amat jarang dilihat sekaligus membuatkan lakonannya mantap dan penuh emosi. Lakonannya adalah yang terbaik. Om Puri juga berjaya membawa lakonannya dengan berjaya.
Sesuai untuk jiwa emosional. Filem ini mendidik jiwa bahawa walaupun apa saja agama, kita tetap berada dalam satu negara. Hormat menghormati itu penting untuk kebaikan semua rakyat negara itu.

3/5